• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom akan naik taraf 4,700 tapak dengan teknologi 4G terkini menjelang Februari 2021

  • OLEH Najib
  • 7:39 pm
  • 02/12/2020
  • Komen
Celcom akan naik taraf 4,700 tapak dengan teknologi 4G terkini menjelang Februari 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom mengumumkan bahawa mereka akan mempercepatkan usaha menaik taraf rangkaian bagi memenuhi permintaan data mudah alih yang meningkat dengan pesatnya. Sebanyak RM256 juta akan dilaburkan bagi usaha naik taraf ini, untuk meningkatkan kapasiti rangkaian serta memasang lebih banyak stesen 4G di seluruh Malaysia.

Menurut Celcom, mereka telah mencatat 40% peningkatan dalam penggunaan data pada suku ketiga 2020, berbanding suku keempat 2019. Kenaikan ini didorong oleh wabak COVID-19 disebabkan lebih banyak pengguna berada di rumah dan menggunakan internet semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.



Celcom mensasarkan untuk menaik taraf sejumlah 4,700 tapak rangkaian di seluruh negara menjelang Februari 2021, dengan 49% daripadanya terletak di luar bandar dan 51% lagi di dalam bandar. Lokasi ini akan dinaiktaraf dan dioptimumkan dengan naiktaraf kapasiti, pemasangan peralatan 4G yang baru dan program optimisasi rangkaian teras. Ini meliputi naiktaraf dan optimisasi hampir 1,000 tapak rangkaian 4G di Sabah dan Sarawak, bagi menambahbaik liputan 4G di kawasan pedalaman.

Selain itu, Celcom akan meneruskan lagi usaha dengan program optimisasi kluster seluruh negara bagi 3,600 tapak lagi, bagi mempertingkatkan kapasiti dan menyelesaikan masalah ‘buffering’ serta menyediakan kualiti panggilan suara dan video untuk pelanggan, yang dijangka selesai menjelang Ogos 2021.



Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, kesuluruhan pengalaman rangkaian Celcom adalah salah satu faktor utama pelanggan memilih Celcom sebagai penyedia perkhidmatan. Celcom akan terus mara dalam usaha optimisasi liputan, kapasiti dan daya tahan rangkaiannya, melalui pelaburan yang dipacu di kawasan yang amat memerlukan, dan menggunakan teknologi akses radio yang terkini.

CEO Celcom, Idham Nawawi

“Keutamaan kami adalah dalam menangani peningkatan trafik data, bagi memastikan pelanggan terus terhubung. Melalui peningkatan pelaburan rangkaian kami di kawasan yang kini amat memerlukan kesalinghubungan, kami berharap untuk memberi penambahbaikan yang signifikan dalam kualiti dan pengalaman rangkaian. Pandemik COVID-19 dan PKP mungkin memberi sedikit kesan kepada aktiviti lapangan kami, tetapi kami tetap berusaha untuk menangani isu berkenaan.

“Kesemua usaha penambahbaikan dan optimisasi dirancang sebaik mungkin bagi memastikan impak minimum atau tiada langsung akan dialami dalam perkhidmatan rangkaian kami. Penambahbaikan ini juga memfokuskan kepada penyediaan liputan dalam bangunan yang lebih baik daripada tapak Menara 4G LTE, liputan 4G yang lebih meluas di kawasan luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak, serta peningkatan kelajuan muat turun. Ini akan membolehkan lebih ramai pengguna menikmati pengalaman video berdefinisi tinggi (HD) 720p, serta kualiti panggilan suara yang lebih baik dengan Voice-over-LTE (VoLTE)” kata Idham.

“Ketika rakyat Malaysia sedang memainkan peranan mereka untuk kekal selamat sepanjang pandemik ini, lebih ramai yang menggunakan perkhidmatan digital untuk menjalankan aktiviti seperti pembelajaran, hiburan, perniagaan dan banyak lagi, menyebabkan peningkatan lebih 40% trafik data di kawasan bandar dan luar bandar di seluruh negara. Celcom akan terus melabur dalam peningkatan kapasiti dan liputan rangkaiannya. Kami sentiasa mengambil berat akan keperluan rakyat walaupun di sepanjang PKP, dan kami sedar bahawa kami perlu terus memastikan kesalinghubungan kepada semua golongan masyarakat, khususnya di luar bandar.

“Usaha Celcom sejajar dengan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) oleh kerajaan, dalam mencapai liputan 4G di seluruh negara dan akan melabur dalam penggunaan teknologi terkini, seperti 4T4R multiple-input and multiple-output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan banyak lagi. Sehingga kini, rangkaian Celcom terus mendahului sebagai liputan paling meluas di negara ini dengan lebih 11,500 tapak seluruh negara, yang berkhidmat untuk lebih 13 juta pengguna,” menurut Idham.

Berita Berkaitan

Celcom Mega Unlimited dinaik taraf kelajuan dan kuota hotspot
Celcom Home Fibre ada pelan baru 300Mbps & 500Mbps dengan diskaun selama 3-bulan
Celcom gantung pengedar yang terlibat dalam pendaftaran palsu SIM prabayar
Tags: celcom
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Celcom akan naik taraf 4,700 tapak dengan teknologi 4G terkini menjelang Februari 2021

Celcom akan naik taraf 4,700 tapak dengan teknologi 4G terkini menjelang Februari 2021

2 December 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER