• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom gantung pengedar yang terlibat dalam pendaftaran palsu SIM prabayar

  • OLEH Najib
  • 1:19 pm
  • 07/10/2020
  • Komen
Celcom gantung pengedar yang terlibat dalam pendaftaran palsu SIM prabayar
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM700,000, kepada syarikat telekomunikasi yang gagal membuat pengesahan identiti untuk pendaftaran kad SIM prabayar baharu pada tahun 2019. Celcom adalah salah satu penerima kompaun tersebut dan mereka telah mengambil tindakan terhadap wakil pengedar yang terlibat dan menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

6 syarikat telekomunikasi didenda RM700,000 kerana pendaftaran palsu SIM prabayar

Kenyataan penuh Celcom adalah seperti berikut:



Berkenaan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini kepada perkhidmatan mudahalih yang gagal melakukan pengesahan identiti untuk pendaftaran kad SIM prabayar baru pada tahun 2019, Celcom Axiata Berhad telah mengambil tindakan segera menggantung peniaga yang berkenaan dan akan menyiasat lebih lanjut tentang salahlaku tersebut.

Sesuai dengan piawaian dan peraturan SKMM, Celcom telah melaksanakan peraturan kendiri, dan secara berkala membuat polisi kendiri ke atas lebih dari 10,000 pengedar pihak ketiga di seluruh negara, untuk meningkatkan kesedaran dan standard praktis keseluruhan.

Celcom memandang serius masalah ini dan berusaha untuk mematuhi peraturan, dasar dan garis panduan yang ditetapkan oleh SKMM untuk pendaftaran SIM prabayar.

Celcom telah menerima 3 kompaun dari SKMM berjumlah RM150,000 atas kesalahan tersebut. Menurut SKMM, semua pendaftaran baharu SIM prabayar perlu disahkan dan setiap individu, hanya boleh mendaftar sehingga 5 SIM.

Mewajibkan pengesahan pengenalan diri untuk pendaftaran SIM prabayar baharu dilaksanakan untuk membendung penyalahgunaan perkhidmatan prabayar, seperti jenayah dan keganasan. Penduduk di Malaysia memerlukan kad pengenalan atau kad MyPR untuk mendaftar, manakala warga asing boleh menggunakan pasport atau kad permit kerja. Kad pengenalan asli perlu digunakan dan salinan tidak diterima.



Tags: celcom
Najib

Najib

POPULAR

Celcom gantung pengedar yang terlibat dalam pendaftaran palsu SIM prabayar

Celcom gantung pengedar yang terlibat dalam pendaftaran palsu SIM prabayar

7 October 2020
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN