Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Celcom Mega Unlimited dinaik taraf kelajuan dan kuota hotspot

Apabila Celcom perkenal pelan pascabayar Mega yang baru awal tahun ini, ia datang dalam dua jenis, Mega Unlimited dan Mega Lightning. Pelan Mega Lightning telah menerima naik taraf kuota sebelum ini dan kini, pelan Mega Unlimited pula dinaik taraf.

Celcom kini memberi lebih kuota hotspot dan kelajuan lebih pantas untuk pelan Mega Unlimited. Bagi Pas Unlimited M berharga RM98/bulan, ia kini memiliki kuota hotspot 10GB, berbanding 5GB sebelum ini, serta sekatan kelajuan dinaikkan dari 5Mbps kepada 10Mbps.

Untuk pas Unlimited L berharga RM148/bulan pula, kuota hotspot naik 3x ganda dari 10GB, menjadi 30GB sebulan. Manakala sekatan kelajuannya meningkat dari 15Mbps kepada 20Mbps, sesuai untuk menonton strim video Ultra HD 4K menurut Celcom. Tiada perubahan pada harga.

Selain internet tanpa had dengan kelajuan disekat, pelan mega Unlimited turut memberikan panggilan tanpa had ke semua talian. SMS kena bayar kalau mahu digunakan, 20sen setiap satu.

Langgan dan terima baucar Senheng percuma

Celcom juga ada menawarkan baucar Senheng sehingga RM600 untuk melanggan pelan Mega Unlimited. Tetapi ia perlu diikat dengan kontrak. Baucar Senheng yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Baucar Senheng RM200 – Kontrak 12-bulan Mega Unlimited M
  • Baucar Senheng RM400 – Kontrak 24-bulan Mega Unlimited M
  • Baucar Senheng RM300 – Kontrak 12-bulan Mega Unlimited L
  • Baucar Senheng RM600 – Kontrak 24-bulan Mega Unlimited L

Promosi 50% Pelan Keluarga

Celcom juga kini menawarkan diskaun 50% untuk talian tambahan Family Line. Dari sekarang hingga 31 Disember 2020, pengguna yang menambah talian Family Line boleh mendapat 50% diskaun selama 3 bulan.

Harga asal Family Line ialah RM40/bulan setiap satu dan promosi ini menjadikannya hanya RM20/bulan selama 3 bulan. Pengguna pelan Celcom Mega boleh mendaftar sehingga 3 talian di bawah Family Line dan menikmati diskaun ini.

BACA  Xpax XP Lite kini ada Facebook, Instagram, WhatsApp, Wechat serta YouTube tanpa had

Setiap talian Family Line menerima kuota internet 30GB, serta panggilan tanpa had ke semua talian. SMS dicaj 20sen setiap satu.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran baru ini, layari laman web Celcom Mega Unlimited.