• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Skrin iPhone 11 ada masalah sentuhan? Apple akan baiki secara percuma

  • OLEH Najib
  • 1:52 pm
  • 05/12/2020
  • Komen
iPhone 11 telefon dwi-kamera kedua terbaik selepas Pixel 4
Share on FacebookShare on Twitter

Apple hari ini telah melancarkan program penggantian paparan untuk iPhone 11, untuk menyelesaikan masalah yang dikatakan memberi kesan kepada peratus kecil peranti iPhone 11. Masalah tersebut membuatkan paparan iPhone 11 tidak memberi maklum balas kepadan sentuhan di atas skrin.

Menurut Apple, iPhone 11 yang terkesan dengan masalah ini dihasilkan di antara bulan November 2019 sehingga Mei 2020. Jika pemilik berhadapan masalah sentuhan di skrin, maka iPhone 11 tersebut berkemungkinan besar memiliki masalah dengan modul paparan.



Kepada pemilik iPhone 11 dengan masalah sentuhan di skrin, telefon mereka layak untuk diperbaiki secara percuma. Kelayakan awal boleh disemak menggunakan nombor siri di laman web sokongan Apple di sini.

Jika iPhone 11 tersebut didapati termasuk dalam senarai yang terkesan, pengguna boleh membawanya untuk dibaiki secara percuma di mana-mana Pusat Servis Apple Berdaftar. Lokasi pusat servis ini boleh disemak di sini, selepas mendaftar massuk Apple ID.



Sebagai langkah keselamatan, pengguna diminta untuk membuat salinan data di iPhone ke dalam storan awan iCloud, atau ke dalam komputer terlebih dahulu. Bagaimanapun, jika ada masalah lain di iPhone yang menggangu proses membaiki seperti keretakan skrin, ia perlu dibaiki terlebih dahulu sebelum penggantian skrin percuma dijalankan.

Manakala untuk pengguna yang pernah membayar untuk membaiki masalah ini, mereka boleh menghubungi Apple untuk mendapatkan bayaran balik. Maklumat lanjut tentang program penggantian paparan iPhone 11 ini boleh dirujuk di sini.

[Sumber: Macrumors]

Bacaan Berkaitan

Apple turunkan harga iPhone XR dan iPhone 11, buang pengecas dan EarPods
Perbandingan Kamera: Mate 30 Pro, iPhone 11, iPhone 11 Pro Max, & Galaxy Note 10+
Genshin Impact kuasai game terbaik, WakeOut terpilih aplikasi terbaik Apple AppStore
Tags: appleiphone 11
Najib

Najib

POPULAR

iPhone 11 telefon dwi-kamera kedua terbaik selepas Pixel 4

Skrin iPhone 11 ada masalah sentuhan? Apple akan baiki secara percuma

5 December 2020
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN