• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Polis tumpaskan sindiket Macau Scam, judi dalam talian yang aktif sekitar KL

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:17 pm
  • 23/12/2020
  • Komen
Polis tumpaskan sindiket Macau Scam, judi dalam talian yang aktif sekitar KL
Share on FacebookShare on Twitter

Sindiket Macau Scam dan judi dalam talian merupakan satu sindiket jenayah terancang yang mengaut keuntungan atas angin dengan meninggalkan ribuan mangsa sehelai sepinggang untuk menghadapi masa depan.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis, pada tahun 2019 sahaja, terdapat 28,508 kes penipuan (scam) di Malaysia.



Macau Scam dan judi dalam talian sekitar KL

Baru-baru ini, polis berjaya menumpaskan sindiket Macau Scam dan judi dalam talian, dalam tiga serbuan sekitar ibu negara. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah, beliau berkata Seramai 11 individu ditahan termasuk empat warga China.

Lokasi serbuan yang dilakukan ialah:



  1. Sebuah kondominium di Jalan Doraisamy, Off Jalan Sultan Ismail – Polis menahan tiga lelaki warga China berusia 28 hingga 34 tahun. Mereka juga menemui 40 unit telefon bimbit pelbagai jenama, dua unit komputer, wang tunai negara China berjumlah 1,168 yuen (RM724.33) dan wang tunai kira-kira RM5,011.
  1. Dua buah bilik di residen di Jalan Conlay – Bilik pertama, polis menahan seorang lelaki warga China berusia 35 tahun yang disyaki terbabit dengan judi dalam talian. Bilik kedua di residen sama, polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita warga asing dari Thailand dan Vietnam, berusia lingkungan 21 hingga 33 tahun. Polis menemui daun terup, kertas catitan perjudian dan wang tunai RM23,200.

Meskipun mereka berjaya ditahan, ini tidak bermakna sindiket penipuan (scam) sudah tamat dan tidak lagi menggangu masyarakat. Hal ini kerana ramai individu yang menjadi dalang kepada penipuan ini masih bebas.

Terdapat beberapa cara mereka beroperasi untuk memperdaya mangsa:

  1. Menawarkan cabutan bertuah
  2. Tipu culik dan minta wang tebusan
  3. Berpura-pura menjadi pegawai bank, polis dan apa-apa agensi kerajaan.

Jika ada berdepan dengan situasi tersebut, berikut merupakan langkah yang boleh anda lakukan:

  1. Sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tipu helah pihak tertentu.
  2. Jangan panik dan jangan ikut arahan yang pemanggil suruh lakukan.
  3. Jangan hubungi semula nombor telefon tersebut, sebaliknya hubungi nombor telefon rasmi syarikat yang dinyatakan untuk pengesahan lanjut. Contoh, sekiranya pemanggil menyatakan dia dari mahkamah atau pejabat polis, anda perlu telefon nombor pejabat polis yang betul untuk melakukan pengesahan.
  4. Jangan dedahkan nombor akaun bank, nombor kad ATM atau kad kredit jika individu tersebut minta daripada anda.
  5. Layari portal BNM untuk maklumat dan nasihat terkini berhubung penipuan wang.

[Sumber: Bernama]

Tags: Macau Scam
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Polis tumpaskan sindiket Macau Scam, judi dalam talian yang aktif sekitar KL

Polis tumpaskan sindiket Macau Scam, judi dalam talian yang aktif sekitar KL

23 December 2020
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN