Kementerian Kerjaraya menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam janji terbarunya berjanji untuk menampal lubang di jalan raya dalam masa 24 jam. Ia selari dengan inisatif “AKu Janji Zero Potholes”.
Kenyataan tersebut dibuat sendiri oleh Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof bersama-sama dengan syarikat konsesi yang akan melaksanakan kontrak-kontrak berkaitan penampalan jalan. Malahan, majlis Aku Janji tersebut telah disiarkan secara langsung menerusi Facebook.
Namun, perkara tersebut bukanlah timbul selepas YB KJ terjatuh basikal tapi inisiatif sudahpun dijalankan sejak Julai 2020 lalu. Jadi jangan pula katakan yang JKR sudah “terhantuk baru tegadah”.
Antara intipati majlis “Aku Janji Sifar Pothole” 2020 adalah kerja-kerja baik pulih jalan berlubang akan dilakukan dalam masa 24 jam selepas penemuan ataupun penerimaan aduan. Walau bagaimanapun, untuk baik pulih kekal, ia mengambil masa sehingga 3 hari.
Perkara itu adalah untuk lubang yan gbersaiz antara 200mm hingga 1,000mm. Untuk yang kurang daripada 200mm, tampalan boleh dilakukan dengan pantas kerana tiada sebarang potongan jalan perlu dibuat manakala untuk lubang bawah 1,000mm, jalan perlu dipotong.
Kalau kerosakan melebihi 1,000mm, ia tidak lagi ditakrifkan sebagai pothole sebaliknya ia ada kaitan dengan kelemahan pada penurapan.
Sebenarnya inisiatif “Sifar Pothole” ini sudahpun berjalan sejak 2016 lagi. Pada ketika itu, seramai 78 Jurutera Daerah (JD) JKR telah menyerahkan dokumen Aku Janji kepada Menteri Kerja Raya pada ketika itu iaitu yang juga YB Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof. Insiatif tersebut berjalan hingga 2018 dan berhenti tanap diketahi sebabnya sebelum diperkenalkan semula dalam bulan Julai 2020.
[Sumber: MalayMail, Gambar Pemuka]