• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi sahkan Redmi 9T dilancarkan pada 8 Januari

  • OLEH Najib
  • 2:10 pm
  • 04/01/2021
  • Komen
Xiaomi sahkan Redmi 9T dilancarkan pada 8 Januari
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia hari ini mengesahkan pelancaran telefon pintar mampu milik akan datang mereka, Redmi 9T. Pelancaran ini diadakan di pentas global, bermakna ia akan turut dilancarkan di Malaysia tidak lama kemudian.

Majlis pelancaran ini akan diadakan pada hari Jumaat ini, 8 Januari 2020 bermula pukul 8.30 malam. Ia boleh ditonton menerusi Facebook Xiaomi Malaysia, dijangka turut terdapat di saluran YouTube Xiaomi.



Xiaomi kini mengadakan peraduan di mana orang ramai berpeluang memenangi dari 10 unit Redmi 9T yang disediakan. Peraduannya agak mudah, hanya kongsikan apa idea paling gila akan anda lakukan untuk mendapatkan telefon Redmi yang baru ini. Peraduan tamat pada 7 Januari 2021 dan boleh disertai di sini.

Dalam pengumuman ini, mereka turut berkongsi rupa hadapan Redmi 9T. Dengan gambaran modul kamera belakang yang dikongsi sebelum ini, boleh dirumuskan bahawa Redmi 9T amat mirip dengan Redmi Note 9 4G di China, dengan tambahan kamera keempat di belakang.



Model yang dikatakan Redmi 9T telah ditemui menerima pengesahan dari NTBC Thailand, tetapi tidak banyak maklumat terdapat di sana, selain sokongan GSM/WCDMA/LTE. Jika ia adalah sama dengan Redmi Note 9 4G di China, maka Redmi 9T akan memiliki skrin HD Penuh IPS berukuran 6.53-inci, pemproses Snapdragon 662 dan bateri besar 6,000mAh. RAM pula dijangka sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB, serta menerima kad mikroSD.

Redmi Note 9 4G

Kamera belakang pula, menggandingkan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapannya pula terletak di dalam takuk di dahi skrin.

Spesifikasi ini sebenarnya mirip dengan Poco M3 yang telah dilancarkan di Malaysia, dengan kelebihan kamera belakang keempat di Redmi 9T. Tetapi bolehkah ia menyaingi harga Poco M3 yang dijual pada harga RM599 untuk storan 64GB, dan RM699 dengan storan 128GB?

Kita tunggu pelancarannya Jumaat ini.

Tags: xiaomiXiaomi Redmi 9T
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi sahkan Redmi 9T dilancarkan pada 8 Januari

Xiaomi sahkan Redmi 9T dilancarkan pada 8 Januari

4 January 2021
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN