• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi mahu lancar telefon 5G termurah tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 7:53 pm
  • 04/01/2021
  • Komen
Xiaomi mahu lancar telefon 5G termurah tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 9.00PM: Xiaomi mengumumkan tarikh pelancaran Redmi Note 9T dibuat serentak dengan Redmi 9T pada 8 Januari 2021.

Selepas membuat pengumuman mengenai pelancaran antarabangsa untuk Redmi 9T, Xiaomi memuat naik satu lagi poster mengenai telefon pintar baru yang akan datang, Redmi Note 9T. Bagaimanapun, Xiaomi tidak pula menyatakan tarikh pelancarannya, jadi ia mungkin tidak dilancarkan serentak bersama Redmi 9T pada 8 Januari 2021.



Xiaomi juga tidak memberi sebarang penerangan mengenai telefon ini, melainkan gambaran belakangnya. Tetapi ada beberapa perkara boleh dikenalpasti dari gambar ini.

Paling utama, ada logo 5G yang tertera di bawah logo Redmi. Ini menandakan ia adalah telefon Redmi pertama dilengkapi 5G, sekaligus boleh dikatakan telefon 5G termurah dari Xiaomi akan dilancarkan.



Sebelum ini, untuk pasaran di luar China, telefon 5G Xiaomi paling murah boleh dibeli adalah Mi 10T dengan kuasa pemproses flagship Snapdragon 865. Itupun berharga dari RM1,699. Jadi boleh dijangka, Redmi Note 9T dengan 5G akan dijual lebih murah dari ini.

Untuk kamera belakang, dapat dilihat dengan jelas ada tiga kamera padanya, bersama LED Flash di dalam modul bulatan besar. Padanya juga terdapat perkataan, ‘AI Super Camera’ serta ’48 Mega Pixel’. Sudah pasti, ini merujuk kepada kamera utamanya dengan sensor 48MP.

Di tepi telefon pula, terdapat butang kawalan bunyi yang terbonjol keluar dan butang kuasa yang tenggelam. Ini juga petanda bahawa ia menggunakan pengimbas capjari di sisi, bukan di dalam skrin. Perkara ini tidaklah asing kerana semua Redmi Note 9S dan Redmi Note 9 Pro yang dilancarkan di Malaysia, menggunakan pengimbas capjari di sisi.

Redmi Note 9 Pro

Selain itu, ia juga menandakan telefon ini masih menggunakan skrin LCD, bukannya AMOLED. Tetapi tidak diketahui pula kadar penyegarannya.

Dalam pemerhatian lain, rupa belakang Redmi Note 9T ini hampir serupa dengan Redmi Note 9 5G yang telah dilancarkan di China. Telefon ini menepati ciri-ciri yang dikatakan di atas seperti logo Redmi dan 5G, tiga kamera belakang bersama LED Flash di dalam modul bulat, kamera utama 48MP dan pengimbas capjari di sisi.

Redmi Note 9 5G di China

Lain-lain perkara tentang Redmi Note 9 5G di China adalah ia dikuasakan pemproses MediaTek Dimensity 800U 5G 7nm, RAM sehingga 8GB dan storan UFS 2.2 sehingga 256GB, skrin 6.53-inci LCD HD Penuh, bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W USB-C. Telefon ini juga masih ada jek audio 3.5mm dan memiliki speaker stereo.

Harga jualannya di China, bermula dari CNY 1,299 (~RM805) dengan RAM 6GB dan storan 128GB. Manakala varian tertinggi dengan RAM 8GB dan storan 256GB, dijual pada harga CNY 1,699 (~RM1,053). Jika ini adalah model yang mirip dengan Redmi Note 9T kelak, mungkin kita boleh melihat ia dijual bermula dari bawah RM1,000.

Sementara itu, kita kena tunggu pengumuman seterusnya dari Xiaomi tentang bilakah Redmi Note 9T akan dilancarkan. Ini boleh memberi saingan kepada Poco X3 NFC tetapi kelebihan Redmi Note 9T hanya pada 5G, di mana buat masa ini masih tidak boleh digunakan di Malaysia.

[Sumber: Xiaomi]

Bacaan Berkaitan

Xiaomi sahkan Redmi 9T dilancarkan pada 8 Januari
Poco X3 telefon gaming yang lebih menarik dari Poco F2 Pro
Dua ahli keluarga baru Redmi Note 9 tiba di Malaysia
Tags: xiaomiXiaomi Redmi Note 9T
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Xiaomi mahu lancar telefon 5G termurah tidak lama lagi

Xiaomi mahu lancar telefon 5G termurah tidak lama lagi

4 January 2021
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER