Apple dan Hyundai dilapor bakal memeterai perjanjian kerjasama untuk bangunkan kenderaan elektrik sebelum Mac 2020. Selepas perjanjian itu, prototaip pertama mungkin boleh dilihat seawal 2022 manakala pengeluarkannya dijangka bermula seawal 2024.
Antara spekulasi yang kencang bertiup adalah kilang pengeluaran Kia Motors, anak syarikat kepada Hyundai Motor akan bertanggung jawab mengeluarkan kereta itu untuk menghasilkan sehingga 400,000 unit kereta setahun.
Berita tentang penglibatan Apple dalam industry automotif bukanlah perkara baru. Saya bukan maksudkan Apple CarPlay sebaliknya kereta berjenama Apple. Sekitar tahun 2017 lalu, Apple pernah dilapor menggerakkan satu projek yang diglear Project Titan. Semasa itu, Apple memasang 6 sensor LiDAR keatas sebuah SUV untuk tujuan kajian.
Going to need more than 140 characters to go over ?'s Project Titan. I call it "The Thing" pic.twitter.com/sLDJd7iYSa
— MacCallister Higgins (@macjshiggins) October 17, 2017
Kemudian, penghujung 2020 pula mereka dilapor sedang membangunkan teknologi bateri yang lain dari lain. Katanya, jika berjaya ia mampu nyata mengurangkan kos penghasilan bateri serta miliki kecekapan tinggi kerana boleh bawa kereta pergi jauh menggunakan tenaga yang terkandung dalamnya.
Sementara menunggu Apple memangunkan kereta mereka, berikut adalah contoh beberapa kereta elektrik yang dijual di A.S beserta harganya:
- Nissan Leaf S – bermula USD31,620 (RM127,918)
- Tesla Model 3 – bermula USD35,000 (RM141,592)
- BMW i3 – bermula USD44,450 (RM179,822)
- Chevrolet Bolt EV – bermula USD36,620 (RM148,146)
- Hyundai Ioniq Electric – bermula USD23,200 (RM93,855)
[Sumber: Reuters]