• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google ambil alih Fitbit, namun data kesihatan pengguna tetap dilindungi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:47 pm
  • 15/01/2021
  • Komen
Google ambil alih Fitbit, namun data kesihatan pengguna tetap dilindungi
Share on FacebookShare on Twitter

Fitbit, syarikat pengeluar produk elektronik kecergasan kini secara rasmi menjadi sebahagian daripada Google. Mereka menekankan bahawa gabungan ini tidak akan mendedahkan privasi pengguna, malah ia akan memberikan sesuatu yang baik kepada pelanggan Fitbit.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fitbit, James Park, apabila Fitbit menjadi sebahagian daripada keluarga Google, mereka akan dapat berinovasi dengan lebih pantas dan memberikan lebih banyak pilihan produk.



Mereka juga akan terus memberi inspirasi dan motivasi kepada pengguna untuk mendapat kesihatan yang lebih baik, dengan mencipta produk yang sentiasa menyokong keperluan kesihatan pengguna.

Perlindungan privasi pengguna

Fitibit tetap akan menjaga privasi dan memastikan data pengguna adalah selamat. Hal ini kerana, Google hanya mengutamakan peranti Fitbit bukanlah data pengguna.



Menurut Rick Osterloh, Naib Presiden Kanan Google, dia berkata Google akan menyerahkan pilihan kepada pengguna Fitbit sama ada mahu menyambungkan akaun Fitbit ke perkhidmatan pihak ketiga atau tidak. Ia bermaksud, Google tidak akan mengawal pengguna untuk melakukan keputusan.

  • James Park. Sumber
  • Rick Osterloh. Sumber

Selain itu, pihak Google juga akan melindungi privasi pengguna Fitbit. Telah disahkan bahawa, data kesihatan dan kesejahteraan pengguna Fitbit tidak akan digunakan untuk sebarang iklan di Google.

Google juga akan mengekalkan akses Fitbit ke Android API yang membolehkan peranti seperti jam tangan pintar untuk beroperasi dengan telefon pintar Android.

[Sumber: Fitbit, Google]

Tags: FitbitGoogle
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Google ambil alih Fitbit, namun data kesihatan pengguna tetap dilindungi

Google ambil alih Fitbit, namun data kesihatan pengguna tetap dilindungi

15 January 2021
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN