Satu perkara yang membanggakan negara apabila secara rasminya, kertas kerja oleh saintis Malaysia, Dr Low Jinxiang telah dipilih sebagai salah satu daripada 100 kertas akademik antarabangsa yang paling berpengaruh di China.
Kajian tenaga solar
Pengiktirafan itu diberikan kepada beliau adalah kerana karyanya yang inovatif mengenai tenaga solar. Semasa kajian dijalankan, Low bekerjasama dengan para ilmuan lain untuk mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana tenaga solar dapat digunakan untuk mengubah karbon dioksida menjadi gas asli.
Secara khususnya, dalam kajian itu, beliau memilih untuk menyelidik cara memerangi perubahan iklim di dunia. Sekiranya penyelidikan terbukti berjaya, ia akan mengubah karbon dioksida di udara untuk kegunaan industri dan membantu mencapai sasaran dalam Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim.
Low merupakan siswazah dari Universiti Multimedia dengan ijazah kejuruteraan pada tahun 2012. Beliau kemudian memperoleh PhD dalam Sains Bahan dari Universiti Teknologi Wuhan pada tahun 2018.
Dia juga disenaraikan dalam kompilasi 2% saintis terbaik di dunia di Universiti Stanford tahun lalu. Pada masa ini, Low bekerja di Universiti Sains dan Teknologi China.
Kebaikan tenaga solar
Tenaga solar menggunakan matahari untuk menjana kuasanya. Seperti yang dikendalikan oleh UiTM, dua stesen janakuasa solar berskala besar itu dapat memberikan banyak kebaikan, ianya termasuklah:
- Sumber tenaga ini mudah didapati, sangat banyak, berterusan.
- Tenaga yang bersih, percuma dan mesra alam.
- Tenaga boleh diperbaharui
- Ia mempunyai kelebihan dalam menangani kekurangan penjana kuasa konvensional berasaskan bahan api fosil yang bergantung kepada sumber arang batu yang terhad.
- Tiada kesan rumah hijau
Namun begitu, tidak dinafikan untuk menggunakan tenaga solar ini, masyarakat memerlukan ruang yang luas untuk pembinaan panel dan kos permulaan juga agak tinggi.
[Sumber: The Star]