• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tak puas hati dengan Darurat? Ada saluran Telegram baru untuk anda luahkannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:24 pm
  • 03/02/2021
  • Komen
Mengapa Telegram hilang dari Apple Appstore?
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda ada pandangan ingin dilontarkan berkenaan perintah darurat yang diumumkan dalam bulan Januari 2021 lalu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersedia memungut suara anda melalui saluran yang betul.

[SIARAN MEDIA]

Orang Ramai Dipelawa Kongsi Maklum Balas Berkaitan Pelaksanaan Darurat

2 Februari 2021

Dikeluarkan oleh: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia#KKMM #KomunikasiKita pic.twitter.com/MOaZpr6aF9

— KKMM (@kkmm_gov) February 2, 2021

Pihak mereka telah mewujudkan satu saluran Telegram yang mengandungi pautan untuk ke borang digital untuk anda masukkan pandangan anda terhadap perintah darurat. Selain Telegram, rakyat boleh juga menghantar komen mereka ke [email protected] untuk tujuan yang sama.



Tak kiralah saluran mana pun yang anda guna, menurut pihak Kementerian, ia akan disalurkan kepada Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat untuk tujuan penambahbaikan terhadap perintah Darurat ini.

Yang peliknya, mengapakah perlunya saluran Telegram yang baru sedangkan Kerajaan sudah pun ada Telegram MKN yang disertai lebih 1.3 juta orang pengguna? Sekarang saluran itu penuh dengan propaganda pro-Darurat.



Satu proklamasi Darurat telah diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam bulan Januari 2021 dan berlanjutan hingga 1 Ogos 2021 ataupun sehingga baginda merasakan situasi COVID-19 telah terkawal.

Di peringkat rakyat, tiada apa perbezaan boleh dilihat, kehidupan berjalan seperti biasa dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetap berjalan.

Tags: COVID-19mkntelegram
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Mengapa Telegram hilang dari Apple Appstore?

Tak puas hati dengan Darurat? Ada saluran Telegram baru untuk anda luahkannya

3 February 2021
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER