(Artikel ini dibawakan oleh Celcom)
Hubungan internet telah menjadi satu keperluan masa kini, sama seperti air dan elektrik. Apatah lagi di waktu wabak COVID-19 melanda, lebih ramai memerlukan internet di rumah ketika masyarakat menjalani norma baharu ini.
Oleh itu, liputan 4G adalah sangat penting bagi membantu orang ramai untuk bekerja dan belajar dari rumah. Rangkaian ini dapat menyediakan hubungan internet yang meluas, pantas serta diyakini
Dalam hal ini, nama Celcom sering disebut-sebut kerana ia menyediakan liputan 4G paling meluas. Tinjauan Ookla untuk pertengahan kedua 2020 menunjukkan, hanya Celcom memiliki lebih 90% liputan 4G di Malaysia. Ini membuktikan ia memiliki liputan 4G terluas di dalam negara.
RM256 juta pelaburan naiktaraf & bina menara 4G
Bagi tahun 2021, Celcom akan memacu kira-kira RM256 juta pelaburan rangkaiannya, bagi menaiktaraf kapasiti rangkaian dan membina lebih banyak menara komunikasi 4G di seluruh negara, bertujuan menambahbaik liputan dan kualiti 4G di kawasan pedalaman dan bandar.
Menjelang Februari 2021, Celcom mensasarkan sebanyak 4,700 tapak rangkaian; 49% di kawasan dan 51% di kawasan luar bandar untuk dinaiktaraf dan dioptimumkan dengan naiktaraf kapasiti, pemasangan peralatan 4G yang baru dan program optimisasi rangkaian teras. Ini merangkumi naiktaraf dan optimisasi hampir 1,000 tapak rangkaian 4G di Sabah dan Sarawak bagi menambahbaik liputan 4G di kawasan pedalaman.
Selain itu, Celcom akan meneruskan usaha dengan program optimisasi kluster seluruh negara bagi 3,600 tapak lagi, bagi mempertingkatkan kapasiti dan menyelesaikan masalah ‘buffering’ serta menyediakan kualiti panggilan suara dan video untuk pelanggan, yang dijangka selesai menjelang Ogos 2021.
Seiring dengan aspirasi negara dalam pelan JENDELA, usaha naik taraf dan memperluaskan liputan rangkaian 4G akan memberi manfaat yang besar buat pengguna, selain mempersediakan negara dalam penamatan rangkaian 3G pada penghujung tahun 2021. Segala aktiviti kini boleh terus dinikmati dan dijalankan dengan selamat ketika berada di rumah.
Pengguna Celcom boleh terus memainkan peranan duduk di rumah dan kekal selamat sepanjang pandemik dan menikmati momen indah bersama keluarga, kerana liputan Celcom akan sentiasa berada di samping mereka. Tidak kira sama ada untuk bekerja jarak jauh, menstrim video definisi tinggi, menyertai kelas dalam talian, bermain game dengan lancar atau berniaga dari rumah.
Layari laman sesawang Celcom 4G untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. #NextNormalReady #ReadyWithCelcom #CelcomTerritory