• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi TV Q1 75-inci, TV Android Xiaomi dengan teknologi canggih QLED 4K UHD 120Hz

  • OLEH Najib
  • 12:45 pm
  • 09/02/2021
  • Komen
Mi TV Q1 75-inci, TV Android Xiaomi dengan teknologi canggih QLED 4K UHD 120Hz
Share on FacebookShare on Twitter

Di pentas pelancaran yang sama dengan Mi 11, Xiaomi turut melancarkan satu lagi produk iaitu Mi TV Q1. Ia adalah TV yang dilengkapi sistem operasi Android TV dengan saiz skrin yang sangat besar, berukuran 75-inci.

Kualiti paparan terbaik boleh dijangka di Mi TV Q1. Antara teknologi yang dipasang padanya ialah skrin QLED dengan teknologi dot kuantum, serta resolusi ultra tinggi 4K UHD. Ia juga memiliki tahap kecerahan tinggi dengan nisbah 10,000:1 serta menyokong Dolby Vision dan HDR10+, memberikan dinamik warna yang meluas.



Selain itu, Mi TV Q1 memiliki kadar penyegaran setinggi 120Hz, sesuai digunakan bersama konsol permainan terbaru seperti Sony PlayStation 5, untuk bermain game dengan lebih lancar dan lembut di pandangan. Pengalaman menarik ini ditambah lagi dengan sistem audio 30W berkualiti tinggi, menggunakan dua tweeter dan empat woofer, dengan sokongan bunyi Dolby Audio dan DTS-HD.

Dengan Android TV, pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan dari drama bersiri, filem, dokumentari sehinggalah konsert dalam talian menerusi lebih 5,000 aplikasi yang boleh dimuat turun di Google Playstore. Antara aplikasi popular yang dipasang siap padanya ialah Netflix, YouTube dan Amazon Prime Video.



Selain itu, Mi TV Q1 turut datang bersama pembantu maya Google Assistant. Pengguna boleh mengawal pelbagai peranti pintar dari alat kawalan jauh menggunakan suara, dengan bercakap “OK, Google” untuk memulakan arahan. Amazon Alexa turut disokong di TV ini.

Pengguna juga boleh berkongsi pelbagai kandungan dari telefon pintar terus ke Mi TV Q1 menerusi Chromecast yang terbina di dalamnya.

Untuk sambungan, pelbagai port berwayar dan wayarles boleh digunakan seperti Bluetooth 5.0 dan WiFi 2.4GHz/5GHz, serta HDMI, USB, LAN, 3.5mm, optikal dan antena digital DVB-T2.

Xiaomi akan mula menjual Mi TV Q1 di Eropah bermula bulan Mac 2021. Harga jualannya telah ditetapkan pada EUR 1,299 (~RM6,369) sahaja. Tetapi untuk masa dan unit terhad, Xiaomi menawarkannya pada harga EUR 999 (~RM4,898) sahaja.

Buat masa ini, tidak dimaklumkan sama ada Mi TV Q1 akan dijual di Malaysia. Harganya memang sangat murah untuk TV 75-inci, adakah anda beminat untuk membelinya jika ada nanti? Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk laman produk Mi TV Q1.

[Sumber: Xiaomi]

Tags: xiaomiXiaomi Mi TV Q1
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Mi TV Q1 75-inci, TV Android Xiaomi dengan teknologi canggih QLED 4K UHD 120Hz

Mi TV Q1 75-inci, TV Android Xiaomi dengan teknologi canggih QLED 4K UHD 120Hz

9 February 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER