• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mahu warga emas selamat guna Internet, Google kongsi beberapa langkah untuk pengguna lakukan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:20 pm
  • 10/02/2021
  • Komen
Mahu warga emas selamat guna Internet, Google kongsi beberapa langkah untuk pengguna lakukan
Share on FacebookShare on Twitter


Bersempena dengan Hari Keselamatan Internet, Google kongsikan beberapa tip bagi menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan Internet dengan lebih selamat khususnya buat warga emas.

Mengetahui tentang keselamatan penggunaan Internet adalah penting bagi mengelakkan daripada perkara buruk berlaku. Contohnya kecurian identiti, penipuan dalam talian, di godam, buli siber dan banyak lagi.



1. Cipta kata laluan yang kuat

Langkah pertama, pengguna perlu cipta kata laluan yang kuat. Untuk melakukannya, mulakan dengan sebuah ayat yang mudah untuk diingati dan gunakan huruf pertama dari setiap perkataan.

Contohnya seperti:



Saya ada dua ekor kucing di rumah namanya Tom dan Jerry, jadi dengan mengambil huruf hadapan bagi setiap perkataan, ia akan mencipta kata laluan – SadekdrnTdJ

Anda boleh jadikannya kata laluan yang lebih kuat dengan menggantikan huruf-huruf dengan nombor di mana yang sesuai. Contohnya, Sa2ek@rnT&J

2. Berjaga-jaga apabila berkongsi maklumat

Jangan kongsikan maklumat akaun bank, PIN atau kata laluan anda bersama sesiapa pun. Data tersebut hanya boleh dimasukkan sekiranya anda berada di sebuah laman web yang dipercayai, dikenali dan anda pernah mengakses secara terus sebelum ini.

Selain itu, jangan klik sebarang pautan yang boleh bawa anda ke bank atau laman web lain jika ia dihantar kepada anda melalui emel atau pesanan teks. Jika ingin akses akaun bank secara dalam talian, anda terus sahaja ke laman sesawang tersebut.

Untuk ruangan sosial dalam talian pula, periksa tetapan perkongsian dan perhatikan jika anda berkongsi secara umum, dengan orang-orang tertentu, atau secara peribadi. Jika ia maklumat yang tidak perlu diketahui umum, maka lebih baik tetapkan ia kepada orang-orang tertentu sahaja.

3. Kenal pasti dan elakkan penipuan

Ada tiga kata kunci yang perlu diingat bagi mengelakkan penipuan iaitu:

  1. Jangan tergesa-gesa
  2. Periksa
  3. Berhenti! Jangan hantar.

Suspek akan cuba mendesak agar mereka dapat memperdaya anda dengan sebuah situasi yang direka-reka, contohnya anda dikatakan terlibat dengan penipuan wang haram. Jangan tergesa-gesa mengikut arahan suspek. Ambil masa dan tanya soalan untuk mengelakkan diri dari didesak masuk ke situasi yang lebih teruk. 

Lakukan pemeriksaan butiran yang anda terima. Jika anda menerima panggilan telefon yang tidak dijangkakan, batalkan panggilan tersebut. Kemudian cari bank, agensi atau organisasi yang kononnya telah memanggil anda dan hubungi mereka secara terus.

Suspek akan menuntut bayaran dengan segera dan juga mengancam anda. Jadi jika anda rasakan bahawa perkara itu mencurigakan, mungkin ianya adalah sebuah penipuan.

4. Elak perbualan negatif dalam talian

Jika sebuah perbualan di sosial media bertukar negatif, elakkan dari terjerumus dan berhenti daripada meneruskan perbualan itu. Seterusnya, jika anda menemui orang lain diganggu secara dalam talian, berusaha untuk menghubungi mereka untuk tawarkan sokongan anda.

Namun, jika anda sendiri diganggu ketika dalam talian, anda boleh melakukan beberapa tindakan seperti membisukan perbualan, sekat pengguna yang menggangu anda atau laporkan kejadian tersebut kepada moderator di media sosial.

Dengan tip-tip yang dikongsikan ini, semoga ia boleh menjadikan interaksi dan pergaulan anda di dalam talian lebih selamat.

Tags: Googleinternet
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Mahu warga emas selamat guna Internet, Google kongsi beberapa langkah untuk pengguna lakukan

Mahu warga emas selamat guna Internet, Google kongsi beberapa langkah untuk pengguna lakukan

10 February 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN