• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Band 4e ada 42% diskaun di jualan hari pertama

  • OLEH Najib
  • 1:08 pm
  • 15/02/2021
  • Komen
Huawei Band 4e ada 42% diskaun di jualan hari pertama
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei hari ini mengumumkan akan mula menjual penjejak kecergasan terbaru mereka, Huawei Band 4e di Malaysia bermula pada 19 Februari 2021. Lebih menarik lagi, Huawei menawarkan diskaun RM50 sebagai pengenalan pada hari pertama jualan.

Huawei Band 4e dijual di Malaysia pada harga RM119. Hanya pada 19 Februari 2021 iaitu hari pertama jualan, orang ramai boleh membelinya dengan diskaun RM50, menjadikannya berharga RM69 sahaja. Tetapi ia hanya boleh didapati di Stor Online Huawei dan Lazada. Stok juga terhad.



Terdapat dua warna disediakan untuk Band 4e, antara warna hitam dan merah.

Huawei Band 4e boleh dilihat sebagai tambahan kepada peranti penyimbas denyutan nadi kerana ia tiada fungsi ini. Kelebihannya ialah pada sensor 6-paksi di mana ia boleh memantau pergerakan anda dengan lebih jitu.



Secara ringkas, terdapat dua cara memakai Huawei Band 4e iaitu di pergelangan tangan dan di kaki. Jika dipasang di tangan, ia boleh dijadikan sebagai jam dan menjejak langkah kaki, serta boleh menjadi pemantau waktu tidur.

Tetapi kehebatannya ditonjolkan apabila dipasang di kasut sewaktu membuat aktiviti kecergasan. Dengan sensor 6-paksi, ia bukan sahaja mampu mengira langkah, malah boleh mengukur jarak langkah, ketinggian langkah, masa mencecah tanah dan banyak lagi.

Terdapat dua mod boleh digunakan apabila dipasang di kasut, satu adalah mod bola keranjang dan yang kedua adalah mod langkah. Menggunakan data yang dikumpulkan dan berhubung dengan aplikasi Huawei Health di telefon pintar, ia boleh membantu pengguna mengenalpasti prestasi pergerakan kaki.

Huawei Band 4e memiliki hayat bateri yang panjang. Sehingga 2 minggu untuk penggunaan biasa dan sehingga 21 hari di dalam mod bersedia. Ia menggunakan dok khas untuk mengecas yang disambungkan ke port USB-A.

Selain itu, Band 4e kalis air sehingga 50 meter dalam selama 10 minit. Tidak perlu risau akan percikan peluh dan mudah dicuci selepas kotor digunakan sewaktu bersukan.

Tags: HuaweiHuawei Band 4e
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Band 4e ada 42% diskaun di jualan hari pertama

Huawei Band 4e ada 42% diskaun di jualan hari pertama

15 February 2021
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN