• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DidikTV, siaran khusus TV pendidikan mula beroperasi, jadual program ada disediakan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:56 am
  • 17/02/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan saluran TV pendidikan terbaharu iaitu DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (DidikTV KPM).

Dalam ucapannya itu, beliau berkata, pelaksanaan PdPR secara dalam talian tidak dapat dilakukan secara menyeluruh kerana sebahagian besar pelajar tidak mempunyai peranti sesuai dan kekangan akses internet.



Berikutan perkara itu, kerajaan buat pertama kalinya telah bersetuju untuk wujudkan satu siaran khusus TV pendidikan.

DidikTV KPM akan menyiarkan program berdasarkan kurikulum dan kokurikulum kementerian, serta berita mengenai dunia pendidikan dari prasekolah hingga Tingkatan 6.



Selain itu, melalui saluran itu juga kandungan pembelajaran sepanjang hayat yang memfokuskan pada nilai-nilai baik dan pengembangan watak pelajar akan disiarkan.

Saluran TV ini akan beroperasi pada setiap hari dari jam 7 pagi sehingga 12 malam mulai 17 Februari 2021. Ia boleh diakses melalui platform yang disenaraikan di bawah:

  1. MYTV (TV digital) – Saluran 107
  2. Astro – Saluran 147
  3. Unifi TV – Saluran NTV7

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang jadual program DidikTV, anda boleh tekan di sini atau boleh rujuk di laman sesawang Facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selain itu, jadual tersebut juga boleh didapati di akhbar Berita Harian, Harian Metro dan The New Straits Times.

Sumber: KPM

Dengan adanya saluran TV pendidikan ini, diharapkan agar semua pelajar dapat memanfaatkannya dengan baik. Selain DidikTV, ada juga saluran lain yang menerbitkan segmen pendidikan. Antaranya ialah, TV Okey RTM dan Astro Tutor TV. Justeru, anda boleh pilih saluran mana yang sesuai untuk ditonton oleh anak anda.

[Sumber: MalayMail]

Tags: DidikTVDidikTV KPMtv pendidikan
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026

DidikTV, siaran khusus TV pendidikan mula beroperasi, jadual program ada disediakan

17 February 2021
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN