• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lapor kes curi kabel, TM beri insentif RM1,000 kepada orang awam yang perihatin

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:01 pm
  • 23/02/2021
  • Komen
Kabel TM dicuri di Subang, jejas lebih 1,800 pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Pada tahun 2020, sebanyak 2,300 kes kecurian kabel tembaga Telekom Malaysia Berhad (TM) dilaporkan diseluruh negara, dengan 14 kes berjaya diselesaikan. Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 694 kes, diikuti Johor sebanyak 658 kes, seterusnya Perak berjumlah 222 kes dan Kedah serta Perlis dengan 197 kes.

Punca berlakunya kes ini adalah akibat daripada permintaan, penawaran dan harga logam yang tinggi sekaligus menarik minat penjenayah melakukan kesalahan tersebut.



Bantuan orang ramai diperlukan untuk kurangkan kes

Oleh itu, sebagai langkah untuk membanteras kegiatan mencuri kabel tembaga milik syarikat telekomunikasi TM, syarikat itu menyeru orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah tersebut kepada pihak berkuasa.

Akibat daripada kegiatan tidak bermoral itu, TM mengalami kerugian peralatan dan memerlukan masa untuk memulihkan semula kerosakan yang berlaku.



Ketua Pegawai Rangkaian TM, Mohamed Tajul Mohamed Sultan berkata, usaha menangani jenayah ini tidak dapat dilakukan tanpa bantuan daripada pelbagai pihak termasuklah masyarakat umum.

Mohamed Tajul Mohamed Sultan. Sumber: TM

Insentif pemberi maklumat

Dalam pada itu, TM masih menawarkan insentif bernilai RM1,000 kepada orang awam yang menyalurkan maklumat mengenai kes kecurian kabel, sehingga suspek berjaya ditangkap.

Apabila berdepan dengan kes tersebut, tindakan yang anda perlu dilakukan ialah menghubungi pusat khidmat pelanggan TM di talian 100 atau segera hubungi pihak polis di talian 999.

Sistem I-Watch

Sebagai usaha untuk membanteras aktiviti jenayah ini, TM telah menggunakan teknologi canggih dengan membuat pemasangan sistem pemantauan rangkaian dan penggera elektronik iaitu I-Watch. Sistem ini diperkenalkan pada tahun 2010. Ia diletakkan dilokasi merah, tempat yang sering berlaku kes kecurian kabel.

Sistem ini disambung terus ke pusat kawalan tempatan untuk memberi amaran segera kepada kakitangan TM yang bertanggungjawab melalui sistem pesanan ringkas (SMS). I-Watch yang bertindak sebagai penggera amaran akan aktif sebaik sahaja cubaan mencuri atau memotong kabel dikesan.

Kes ini bukan sahaja memberi impak kepada perkhidmatan telekomunikasi. Malah, masyarakat juga akan mengalami gangguan perkhidmatan komunikasi dan tidak dapat menggunakan perkhidmatan digital terbaik akibat daripada tindakan individu yang pentingkan diri sendiri.

[Sumber: Bernama]

Tags: TM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Kabel TM dicuri di Subang, jejas lebih 1,800 pengguna

Lapor kes curi kabel, TM beri insentif RM1,000 kepada orang awam yang perihatin

23 February 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER