KKM hari ini membuat pengumuman yang pesakit COVID-19 boleh diarahkan untuk memakai gelang penjejak bertujuan untuk membendung penularan pandemik tersebut. Ia selaras dengan pindaan terhadap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 melalui Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.
Menurut ordinan tersebut, satu seksyen baharu telah ditambah dalam akta iaitu Seksyen 15A. Di dalam seksyen tersebut terdapat maklumat tentang “Perintah bagi memakai peranti pengesanan”.
Ada tiga perkara yang digarap bawah seksyen tersebut iaitu:
- Pegawai yang berkuasa boleh perintahkan sesiapa sahaja yang dijangkiti ataupun disyaki dijangkiti untuk memakai perati pengesanan.
- Jenis peranti tidak dihadkan
- Pemakai melakukan kesalahan jika peranti dirosakkan secara sengaja
Menteri Kesihatan memberitahu yang peranti tersebut hendaklah dipakai selama 10 hari ataupun pemakai boleh dikenakan penalti jika membukanya tanpa kebenaran.
Korea Selatan adalah salah satu negara yang menggunakan kaedah ini untuk mengawal selia orang yang sedang dipantau.
Di bawah perintah baru ini, sesiapa yang ingkar bakal berdepan dengan denda sehingga RM10 ribu ataupun RM50 ribu kepada syarikat.
[Sumber: Awani]