• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengganti tembaga untuk kabel USB sedang dibangunkan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:51 am
  • 09/03/2021
  • Komen
Hands-on Huawei P40 Pro: Hanya untuk yang berjiwa kental
Share on FacebookShare on Twitter

Sekumpulan penyelidik dari MIT Schwarzman College of Computing sedang bangunkan pengganti kepada kabel USB yang ada bandwidth 10 kali ganda berbanding yang ada sekarang. Jalur yang superlebar itu diperoleh hasil manfaat penggunaan kabel polimer beserta cip silikon yang terbina dalam kabel.

Penyelesaian yang kita gunakan sekarang adalah kabel tembaga. Walaupun cukup pantas untuk kegunaan hari ini, ia semakin hari semakin tak cekap kerana lebih tinggi dan pantas data dipindahkan, lebih banyak tenaga dibazirkan melalui haba.



Untuk selesaikan masalah haba, kita ada kabel serat optik yang bolehkan perpindahan data dilakukan menggunakan cahaya. Namun, masalah lain pula timbul kerana antara dua titik, data perlu diterjemah kepada isyarat cahaya dan diterjemah semula kepada isyarat elektrik di penerima. Makanya, perlu ada satu lagi komponen tambahan yang mahal dan tak cekap kos.

Penyelesaian yang dibangunkan ileh penyelidik ini menggabungkan manfaat dua alam, daripada kabel tambaga dan serat optik.



Secara teorinya, ia akan menigkatkan kecekapan mesin seperti pelayan web. Pelayan web perlu pindahkan data kesana kemari dalam jumlah yang besar secekap mungkin. Aeroangkasa juga boleh terima manfaat kerana kos pengeluaran kabel jenis ini murah.

Penyelidik mensasarkan solusi pengganti USB ini miliki bandwidth sekurang-kurangnya 105 gigabit/saat ataupun 13.125 GB/s. Untuk perbandingan Thunderbolt 4 miliki jalur selebar 40 gigabit/saat.

Untuk pengguna biasa seperti kita, entah bila solusi ini akan masuki pasaran, mungkin puluhan tahun lagi untuk ia jadi mainstream.

Sumber: MIT

Tags: usb
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Hands-on Huawei P40 Pro: Hanya untuk yang berjiwa kental

Pengganti tembaga untuk kabel USB sedang dibangunkan

9 March 2021
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN