• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM menawarkan unifi wireless broadband tanpa ikatan kontrak

  • OLEH Najib
  • 8:26 am
  • 04/04/2018
  • Komen
TM menawarkan unifi wireless broadband tanpa ikatan kontrak
Share on FacebookShare on Twitter

Apa akan anda buat jika rumah atau pejabat anda tidak termasuk dalam liputan jalurlebar tetap seperti Streamyx dan UniFi? Pilihan yang ada untuk berinternet adalah melalui rangkaian mudah alih.

Telekom Malaysia yang telah sedia menawarkan talian mudah alih menerusi unifi mobile, kini menawarkan pakej jalurlebar mudah alih yang dikenali sebagai unifi Wireless Broadband. Paling menarik, tiada kontrak dikenakan semasa pendaftaran. Bermakna, boleh dibatalkan bila-bila masa tanpa dikenakan penalti.



Hanya ada satu pelan yang ditawarkan, 60GB data sebulan dengan bayaran RM83.74 termasuk GST. Jika tidak cukup, data boleh ditambah pada kadar RM40 untuk 20GB tambahan menerusi aplikasi unifi mobile care.

Kami juga dimaklumkan oleh khidmat pelanggan, akan ada pilihan tambahan lebih rendah, RM20 untuk 5GB. Atau jika kuota 60GB habis digunakan, pengguna boleh terus berinternet dengan kelajuan disekat pada 128kbps.



Oleh kerana pelan ini tiada kontrak, maka router wayerles perlu dibeli, tidak diberi percuma. Bagaimanapun, TM menjualnya sangat murah. TM menawarkan router Huawei B618 pada harga hanya RM599, berbanding harga asalnya RM1,099. Router ini menyokong sambungan WiFi 2.4GHz dan 5GHz, serta boleh menyambungkan sehingga 64 peranti sekaligus.

Penggunaan router ini sangat mudah, hanya pasang dan guna (plug and play). Ia juga boleh dibawa ke mana sahaja. Jika anda memerlukan lebih dari satu router, TM membenarkan pembelian sehingga 3 unit router untuk setiap pelanggan. Router ini juga datang dengan jaminan selama 12 bulan.

Maklumat tambahan yang kami terima, jika pengguna melanggan pelan unifi Wireless Broadband ini selama 12 bulan, pengguna akan menerima 3 bulan percuma iaitu bulan ke-13 hingga 15.

Tetapi sebelum mendaftar, semak dahulu kawasan anda termasuk dalam liputan 4G TM unifi. Ia boleh digunakan di mana sahaja, asalkan di dalam kawasan liputan.

Maklumat lanjut tentang tawaran terbaru TM ini boleh disemak di laman web TM unifi mobile. Persoalan dan jawapan boleh hdisemak di FAQ ini. Nantikan juga kedatangan ‘Skuad Sempurna unifi’ ke kawasan anda. Selain memberi penerangan tentang produk TM, mereka juga menyediakan cenderahati kepada pengunjung bertuah.

Untuk alternatif, Celcom juga baru sahaja melancarkan jalur lebar dengan konsep yang sama, iaitu Celcom Home Wireless. Celcom menawarkan beberapa pelan dari serendah RM74.20 sebulan dengan 25GB data + 40GB Video Walla untuk strim video. Untuk yang mahukan lebih, pelan tertinggi adalah RM159 sebulan dengan 150GB data + 1TB Video Walla.

Tags: Telekom MalaysiaTMtm unifiUnifiunifi Wireless Broadband
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TM menawarkan unifi wireless broadband tanpa ikatan kontrak

TM menawarkan unifi wireless broadband tanpa ikatan kontrak

4 April 2018
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN