• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

YouTube uji pengesanan produk automatik dalam video, pengguna dapat lebih maklumat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:52 pm
  • 24/03/2021
  • Komen
YouTube uji pengesanan produk automatik dalam video, pengguna dapat lebih maklumat
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube sedang menguji ciri yang membolehkan setiap produk di dalam video YouTube dikesan dan di senaraikan secara automatik. Ciri ini akan ada di antara video yang dicadangkan oleh YouTube. Jika di akses melalui telefon, cadangan boleh dilihat di bahagian bawah. Melalui komputer pula, cadangan video pada bahagian kanan.

Tujuan ciri ini dicipta adalah untuk bantu pengguna mengetahui lebih banyak maklumat mengenai produk yang terdapat pada sesebuah video di YouTube. Contoh, sekiranya anda sedang menonton video SoyaCincau tentang Galaxy A72, akan keluar maklumat Galaxy A72 pada bahagian bawah video dan boleh tekan view untuk dapatkan maklumat lanjut.



Sumber

Sehingga 22 Mac 2021, ciri ini sudah dikembangkan kepada pengguna yang menonton video YouTube di AS. Namun tidak diketahui sama ada ia akan berfungsi di Malaysia atau tidak.

Sebelum ini, YouTube ada menguji ciri membeli-belah di platformnya agar pengguna dapat menjual dan membeli produk yang terdapat dalam sesebuah video YouTube. Melalui ciri ini, penonton boleh lihat senarai produk yang disediakan disamping melihat maklumat dan video yang berkaitan untuk produk tersebut.



Mungkin ciri mengesan produk ini juga akan membantu pencipta kandungan untuk mmepromosikan barangan jualan melalui platform masing-masing.

[Sumber: YouTube, TheVerge]

Tags: YouTube
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

YouTube uji pengesanan produk automatik dalam video, pengguna dapat lebih maklumat

YouTube uji pengesanan produk automatik dalam video, pengguna dapat lebih maklumat

24 March 2021
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN