• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus disertakan dok pengecas pintar dan Google Assistant

  • OLEH Najib
  • 5:46 pm
  • 01/04/2021
  • Komen
Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus disertakan dok pengecas pintar dan Google Assistant
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi mereka yang memerlukan peranti pintar dengan skrin besar, tablet adalah pilihan yang menarik. Tetapi sudah tidak banyak pilihan yang ada di pasaran, memandangkan telefon pintar turut memiliki skrin yang semakin besar.

Bagaimanapun, jika anda mencari paparan 10-inci dengan harga mampu milik, Lenovo Malaysia kini ada menawarkan tablet Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus (gen-2) dengan Google Assistant. Ia didatangkan bersama dok pengecas pintar, membolehkan ia berdiri sendiri tanpa dipegang.



Tablet ini dikuasakan cip pemproses Mediatek Helio P22T, bersama RAM LPDDR4x 4GB dan storan dalaman eMMC 64GB. Kad mikroSD diterima untuk storan tambahan sehingga 256GB. Dua kad sim 4G dalam saiz nano dan mikro boleh dipasang di dalamnya untuk sambungan internet mudah alih.

Paparan tablet ini seluas 10.3-inci dari jenis LCD TDDI, dengan resolusi HD Penuh. Tenaga pula disalurkan dari bateri berkapasiti 5,000mAh, dengan kuasa pengecas sehingga 10W melalui USB-C. Ia juga boleh dicas menggunakan dok pengecas pintar.



Dengan meletakkannya di dok pengecas pintar dan Google Assistant terbina di dalamnya, Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus boleh bertindak sebagai pembantu maya. Paparan tugasan, kalendar dan nota penting boleh dilihat dengan jelas dari skrin besar.

Mengambil gambar juga masih boleh dilakukan di tablet ini, menggunakan kamera belakang 8MP atau kamera hadapan 5MP. Sistem operasi Android 9.0 Pie yang lama, masih digunakan pada tablet ini.

Sistem bunyi dihasilkan keluar menerusi dua speaker di kiri dan kanan, menyokong sistem bunyi Dolby Atmos untuk bunyi persekitaran lebih asli. Jek audio 3.5mm juga ada untuk mencucuk fon telinga atau speaker berwayar.

Tablet Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus (gen-2) telah mula dijual di Malaysia pada harga RM999 bersama dok pengecas pintar. Ia disediakan dalam warna kelabu gelap, dan boleh dibeli secara dalam talian di Lazada dan Shopee, serta dari pengedar sah Lenovo di Malaysia.

Tags: lenovoLenovo Smart Tab M10
Najib

Najib

POPULAR

Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus disertakan dok pengecas pintar dan Google Assistant

Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus disertakan dok pengecas pintar dan Google Assistant

1 April 2021
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN