• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kereta Nissan GT-R NISMO 2022 akan datang dalam set Happy Meals Tomica

  • OLEH Najib
  • 4:28 pm
  • 20/04/2021
  • Komen
Kereta Nissan GT-R NISMO 2022 akan datang dalam set Happy Meals Tomica
Share on FacebookShare on Twitter

Set Happy Meals McDonald sering menjadi pilihan kanak-kanak kerana ia datang bersama permainan, di samping burger dan kentang goreng. Tetapi pengumuman terbaru ini mungkin akan membuatkan bapa kanak-kanak, beratur di McDonald untuk membeli set Happy Meals.

Bertempat di ibupejabat Nissan di Yokohama, Jepun, pengeluar kereta Nissan telah mengumumkan bahawa mereka akan mengambil bahagian di dalam set Happy Meals Tomica McDonald Jepun. Pembeli set ini berpeluang untuk mendapatkan model permainan kereta Nissan GT-R NISMO 2022, yang tampil dalam warna kelabu dan emas.



Majlis pengumuman ini dibuat semasa Nissan melancarkan model 2022 untuk kereta sukan kegemaran ramai, Nissan GT-R NISMO. Dalam majlis tersebut, kereta GT-R sebenar yang disalut warna emas kelihatan keluar dari kotak Happy Meals gergasi.

Di dalam set Happy Meals Tomica, selain model permainan Nissan GT-R NISMO ini, kereta lain yang boleh dikumpul adalah Toyota 86, Suzuki Jimny, dan Mitsubishi Delica. Bagaimanapun, set Happy Meals Tomica ini hanya terdapat di Jepun dan boleh didapati dari 30 April sehingga 13 Mei 2021.



Set Happy Meals McDonald pernah menjadi rebutan ramai orang dewasa kerana hadiah yang datang bersamanya, seperti pada tahun 2013 di mana permainan Minions di Happy Meals menjadi kegilaan ramai. Katakanlah set Happy Meals Tomica ini ada dijual di Malaysia, adakah anda akan mengumpul kesemuanya?

[Sumber: HypeBeast]

Tags: McDonaldMcDonald Happy MealsNissanNissan GT-R
Najib

Najib

POPULAR

Kereta Nissan GT-R NISMO 2022 akan datang dalam set Happy Meals Tomica

Kereta Nissan GT-R NISMO 2022 akan datang dalam set Happy Meals Tomica

20 April 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN