• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia miliki ladang panel solar terbesar Intel di luar AS, menjana 4.1 MW tenaga

  • OLEH Najib
  • 12:31 pm
  • 22/04/2021
  • Komen
Malaysia miliki ladang panel solar terbesar Intel di luar AS, menjana 4.1 MW tenaga

At CES 2020, Intel previewed upcoming mobile PC processors code-named “Tiger Lake.” Tiger Lake’s new capabilities, built on Intel’s 10nm+ process and integrated with new Intel Xe graphics architecture, are expected to deliver massive gains over 10th Gen Intel Core processors. First systems are expected to ship this year. (Credit: Intel Corporation)

Share on FacebookShare on Twitter

Intel hari ini mengumumkan bahawa operasi kilang dan pejabat mereka di Kulim dan Pulau Pinang, kini menggunakan tenaga solar. Ia berikutan siapnya projek pemasangan panel solar pada bulan Januari 2021.

Ini juga adalah ladang panel solar terbesar Intel di luar Amerika Syarikat (AS). Pemasangan panel solar yang baru siap ini memberikan tenaga sehingga 3.2 megawatt (MW), menjadikan jumlah tenaga solar yang dimiliki Intel Malaysia kepada 4.1 MW.



Panel Solar di kilang pemasangan Intel Kulim Hi Tech Park Malaysia

Projek pemasangan panel solar ini dibangunkan oleh NEFIN, sebuah syarikat pembangun tenaga boleh diperbaharui. Projek ini dimulakan pada tahun 2020, menyumbang kepada 15% kapasiti tenaga solar Intel seluruh dunia, dan mengurangkan pelepasan karbon ke udara kira-kira 3,800 tan.

Pengumuman Intel hari ini selaras dengan sambutan Hari Bumi yang disambut baru-baru ini, dengan tema “Restore Our Earth” atau memulihkan semula bumi kita. Intel telah menggunakan beberapa sistem terma solar untuk membekalkan air panas ke semua bangunan operasi Intel di Malaysia, dan akan meneruskan pengembangan sumber tenaga bersih dan hijau untuk mengurangkan pelepasan karbon ke udara.



Ia juga adalah sebahagian dari komitmen Intel untuk menjimatkan tenaga dan memperluas projek tenaga boleh diperbaharui dan teknologi cekap tenaga untuk memerangi perubahan iklim. Intel telah menetapkan sasaran dalam RISE 2030, untuk mencapai 100% tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2030.

[Sumber: Intel]

Tags: Intel
Najib

Najib

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
Malaysia miliki ladang panel solar terbesar Intel di luar AS, menjana 4.1 MW tenaga

Malaysia miliki ladang panel solar terbesar Intel di luar AS, menjana 4.1 MW tenaga

22 April 2021
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER