• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah ini akan menjadi rupa akhir Huawei P50?

  • OLEH Najib
  • 5:06 pm
  • 16/05/2021
  • Komen
Adakah ini akan menjadi rupa akhir Huawei P50?
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei masih tidak berhenti menghasilkan inovasi dalam telefon pintar, meskipun sekatan terhadap mereka masih belum ditarik balik oleh kerajaan Amerika Syarikat. Huawei dijangka akan melancarkan siri P terbaru tidak lama lagi. Walaupun masih belum diketahui rupanya, ini mungkin akan menjadi rupa sebenar siri P50 nanti.

Gambar beresolusi tinggi ini dikongsi oleh @RODENT950 menerusi twitter miliknya, dan ia mirip dengan gambaran yang dikongsi oleh @OnLeaks sebelum ini. Ia menampilkan dua bonjolan bulat besar menempatkan beberapa lensa kamera belakang.



Bonjolan di atas dilihat menempatkan tiga lensa kamera, manakala bonjolan di bawah memuatkan satu lensa kamera yang lebih besar dan satu LED Flash. Di antara dua bonjolan ini, kelihatan seperti satu lagi LED Flash terdapat padanya.

Jika dilihat dengan lebih teliti, akan turut kelihatan jenama LEICA terpampang di badan telefon. Ini menandakan, Huawei masih bekerjasama dengan pakar kamera dari Jerman, dalam mengasilkan model baru. Kami merasakan bahawa gambaran ini adalah untuk Huawei P50. Huawei P50 Pro atau P50 Pro+ dijangka memiliki 5 kamera belakang.



Di bahagian sisi telefon, terdapat butang fizikal iaitu butang kuasa di bawah dan butang kawalan bunyi di atas. Manakala di atas telefon, dapat dilihat masih ada pemancar infra merah. Terdapat juga jeriji pembesar suara di atas ini, berkemungkinan untuk sistem bunyi stereo.

Buat masa ini, maklumat tentang siri Huawei P50 sangat samar-samar. Ia dikhabarkan akan menggunakan cip terbaik keluaran Huawei iaitu Kirin 9000 5nm. Ada juga spekulasi menyatakan bahawa Huawei P50 akan menggunakan sensor kamera Sony yang sangat besar, berukuran 1-inci.

Memandangkan sekatan dari kerajaan Amerika Syarikat masih berkuatkuasa, Huawei belum dapat menggunakan perkhidmatan Google di telefon pintarnya. Malah, ia mungkin tidak dijual di luar China memandangkan telefon pintar boleh lipat mereka, Huawei Mate X2 hanya boleh dibeli di China sahaja.

[Sumber: @RODENT950, XDA]

Tags: HuaweiHuawei P50
Najib

Najib

POPULAR

Adakah ini akan menjadi rupa akhir Huawei P50?

Adakah ini akan menjadi rupa akhir Huawei P50?

16 May 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER