• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jam pintar OnePlus Watch tiba dengan rasminya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 2:41 pm
  • 17/05/2021
  • Komen
Jam pintar OnePlus Watch tiba dengan rasminya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus Malaysia turut mengumumkan penjualan jam pintar pertama mereka, OnePlus Watch semasa pelancaran siri OnePlus 9. Ia akan mula dijual di Malaysia pada 18 Mei 2021.

Harga rasmi OnePlus Watch di Malaysia telah ditetapkan pada RM699. Hanya ada satu warna dalam jualan awal ini iaitu Astral Black. Tiada sebarang promosi seperti hadiah percuma atau diskaun untuk jualan hari pertama OnePlus Watch.



OnePlus Watch akan dijual secara eksklusif pada 18 Mei 2021 di Stor Rasmi OnePlus di Shopee. Selepas itu, ia boleh dibeli dari kedai fizikal seperti Senheng, Senq, Sentrqi dan 3XE bermula 22 Mei 2021.

Spesifikasi

OnePlus Watch memiliki skrin AMOLED bulat berdiameter 1.39-inci. Badannya diperbuat daripada besi tahan karat 316L dengan dua butang fizikal terletak di tepi. Sebagai jam pintar, ia boleh memaparkan pelbagai notifikasi dari peranti. Manakala storan 4GB padanya boleh menyimpan sekitar 500 lagu.



OnePlus Watch memiliki bateri yang boleh bertahan sehingga 2 minggu dan ia kalis air dan debu IP68 serta tahan tekanan sehingga 5ATM. Jam ini turut dipasang GPS di dalam untuk menjejak lokasi tanpa peranti.

OnePlus Watch juga dilengkapi pelbagai sensor dan pemantau. Antaranya sensor pemecut, giroskop, geomagnetic, pemantau denyutan nadi bersama sensor oksigen dalam darah (SpO2), sensor cahaya, dan sensor tekanan.

Jam pintar ini turut boleh digunakan untuk membuat panggilan terus dari pergelangan tangan, menggunakan pembesar suara dan mikrofon yang terbina di dalamnya.

Tags: OnePlusOnePlus Watch
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Jam pintar OnePlus Watch tiba dengan rasminya di Malaysia

Jam pintar OnePlus Watch tiba dengan rasminya di Malaysia

17 May 2021
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN