• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perkembangan Vaksin COVID-19 #9: Pusingan 2 vaksin AstraZeneca & Suntikan vaksin di klinik swasta

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:07 pm
  • 22/05/2021
  • Komen
Perkembangan Vaksin COVID-19 #9: Pusingan 2 vaksin AstraZeneca & Suntikan vaksin di klinik swasta
Share on FacebookShare on Twitter

Antara isu yang diketengahkan pada minggu ini, bilakah pusingan seterusnya untuk menempah dan mendapatkan vaksin AstraZeneca? Perlukah daftar vaksin di klinik swasta? Sekiranya anda hamil, vaksin mana yang boleh anda ambil?

1. Pusingan 2 AstraZeneca

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin mengatakan pusingan kedua penawaran vaksin AstraZeneca akan dibuka pada 23 Mei 2021, hari Ahad. Tempahan kali ini juga terbuka kepada penduduk di Pulau Pinang, Sarawak, dan Johor selain Lembah Klang. Tetapi kali ini JKJAV akan mengutamakan individu yang berusia 60 tahun keatas.



2. 8,100 suntikan vaksin sehari di WTCKL

World Trade Center Kuala Lumpur kini merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terbesar di Malaysia yang mampu menampung 8,100 pemberian vaksin sehari. Ia adalah peningkatan 3 kali ganda berbanding jumlah asal 2,400 untuk sehari sebelumnya.

3. Jangan datang terlalu awal untuk terima suntikan

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) mengingatkan semua individu agar tidak datang terlalu awal untuk menerima vaksinasi bagi mengelakkan kesesakan. Anda boleh ada di sana 15-30 minit lebih awal dari waktu janji temu anda.



4. Suntikan vaksin di klinik swasta

Terdapat beberapa klinik swasta dipilih untuk mengambil bahagian dalam program imunisasi kebangsaan, mereka secara dasarnya adalah pusat vaksinasi yang dilantik oleh JKJAV. Tidak kira anda dapat suntikan di pusat kesihatan kerajaan, atau di klinik swasta, semua vaksin di bawah program ini percuma untuk semua individu di Malaysia.

5. AstraZeneca dan Sinovac bukan untuk wanita hamil

JKJAV umum bahawa wanita hamil antara 14-33 minggu dan ibu yang menyusukan anak hanya akan mendapat vaksin Pfizer. Dua lagi vaksin iaitu AstraZeneca dan Sinovac tidak disyorkan untuk ibu hamil buat masa ini. Untuk ibu menyusu, data keselamatan yang ada setakat ini tidak cukup kukuh untuk membolehkan mereka mengambil vaksin tersebut.

6. Status vaksinasi dan Pendaftaran

Sehingga 17 Mei jam 11.59 malam, Malaysia telah memberikan sejumlah 1,995,893 dos vaksin kepada individu, 761,263 individu telah menyelesaikan vaksinasi mereka dengan 2 dos.

Dari segi pendaftaran, seramai 10,232,913 individu telah mendaftar yang merupakan 42.20% dari populasi yang disasarkan. Dalam jumlah itu, Selangor memiliki jumlah tertinggi pendaftaran iaitu 2,646,811.

Tags: COVID-19Vaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Perkembangan Vaksin COVID-19 #9: Pusingan 2 vaksin AstraZeneca & Suntikan vaksin di klinik swasta

Perkembangan Vaksin COVID-19 #9: Pusingan 2 vaksin AstraZeneca & Suntikan vaksin di klinik swasta

22 May 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN