• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Sertai Twitter Spaces melalui web, tidak perlu audio, ada transkripsi di sediakan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:28 pm
  • 27/05/2021
  • Komen
Sertai Twitter Spaces melalui web, tidak perlu audio, ada transkripsi di sediakan
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, anda hanya boleh menyertai Twitter Spaces melalui aplikasi Twitter di Android dan iOS sahaja. Tetapi Twitter baru sahaja umumkan bahawa, bermula 27 Mei 2021, Spaces boleh disertai menerusi laman sesawang di komputer dan telefon pintar. Perkara ini membuatkan saingan Clubhouse ini boleh diakses secara lebih luas.

Dalam pembaharuan ini, Twitter memfokuskan 3 perkara iaitu, antara muka pengguna (UI) yang boleh disesuaikan dengan saiz skrin peranti anda, menetapkan peringatan untuk Spaces yang dijadualkan serta transkripsi pada Spaces.



Akses Spaces melalui web

Melalui tangkap layar yang dikongsikan oleh akaun Twitter Spaces di Twitter, gambar pada bahagian kiri menunjukkan paparan web sebelum anda menyertai Spaces. Anda boleh lihat pada bahagian atas sekali ada tertulis nama tuan rumah Spaces iaitu Brie.

starting today, spaces will be available on https://t.co/RD57W4QZPz (mobile web, desktop web)

our focus areas:
– infrastructure and listening UI that adapts to your screen size
– setting reminders for scheduled spaces
– accessibility and transcriptions pic.twitter.com/Wb0DQktkhD

— Spaces (@XSpaces) May 26, 2021

Di bawahnya pula tertulis tajuk, kemudian ada paparan gambar profil individu yang menyertainya. Anda boleh sertai Spaces itu dengan klik pada join this spaces.



Manakala, gambar bahagian kanan pula adalah tangkap layar selepas anda menyertainya. Paparan terbahagi kepada dua, kiri untuk anda lihat Tweet di bahagian utama seperti biasa, kanan pula menunjukkan paparan Spaces dengan transkripsi dihidupkan. Jadi, ianya masih membantu anda memahami perbincangan dalam Spaces meskipun audio dimatikan.

Namun, anda perlu tahu bahawa pengguna Twitter di web hanya dapat menyertai Spaces yang sedang bersiaran langsung. Anda masih belum dapat membuat ruang Spaces sendiri menggunakan web tetapi pilihan ini dijangka tersedia pada akhir tahun ini.

Di samping itu, Twitter juga masih belum kongsikan bagaimana untuk menetapkan peringatan untuk Spaces yang dijadualkan.

Pada awal bulan ini, Twitter sudah pun memberikan kemampuan kepada pengguna yang mempunyai 600 atau lebih pengikut (followers) untuk menjadi tuan rumah Spaces. Anda sudah mencubanya? atau anda ada sertai ruang audio Spaces dari individu lain yang anda ikuti?

[Sumber: TheVerge, 9TO5Mac]

Tags: TwitterTwitter Spaces
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Sertai Twitter Spaces melalui web, tidak perlu audio, ada transkripsi di sediakan

Sertai Twitter Spaces melalui web, tidak perlu audio, ada transkripsi di sediakan

27 May 2021
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER