• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mahkamah mendenda Surirumah sebanyak RM5,000 kerana menyebar berita palsu berkaitan COVID-19

  • OLEH Najib
  • 4:38 pm
  • 02/06/2021
  • Komen
Group Chat WhatsApp mudah diceroboh tapi bukan itu masalah utamanya
Share on FacebookShare on Twitter

Akibat menyebarkan berita palsu menerusi WhatsApp, seorang surirumah dari Arau, Perlis menjadi pesalah pertama yang didenda mengikut Ordinan Darurat. Norjannah Rusli, 28, didenda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas dia mengaku bersalah menyebarkan berita palsu pada April lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, suri rumah berkenaan didakwa menggunakan aplikasi WhatsApp melalui nombor talian yang didaftarkan kepada tertuduh, dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 8664, Jalan Pauh, Kampung Belukar, Arau pada 10.31 pagi, 18 April lalu.



Tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021.

Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Perlis, Mohd Nordin Ismail. Mohd Nordin berkata, ia adalah kes pertama seumpamanya di Perlis dan walaupun kesalahan berkenaan adalah kesalahan pertama tertuduh, namun perbuatannya memuat naik berita yang tidak sahih mengenai penularan Covid-19 di sebuah sekolah di Arau itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk dan guru di sekolah terbabit.



Pada 20 April lalu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis membuat laporan polis berhubung penularan berita di media sosial yang mendakwa sembilan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun, selepas siasatan dilakukan mendapati hanya seorang sahaja yang disahkan positif Covid-19.

[Sumber: Harian Metro]

Tags: COVID-19whatsapp
Najib

Najib

POPULAR

Group Chat WhatsApp mudah diceroboh tapi bukan itu masalah utamanya

Mahkamah mendenda Surirumah sebanyak RM5,000 kerana menyebar berita palsu berkaitan COVID-19

2 June 2021
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN