• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei kongsi maklumat rasmi tentang siri P50, kecuali bila

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:40 am
  • 03/06/2021
  • Komen
Huawei kongsi maklumat rasmi tentang siri P50, kecuali bila
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah mengadakan satu acara pelancaran sistem operasi HarmonyOS bersama-sama dengan sejumlah produk yang lain. Di akhir pembentangan tersebut, pihak mereka telah berkongsikan info telefon flagship yang akan menemui pengguna tak lama lagi.

Seperti beberapa maklumat yang tertiris, Huawei P50 dijangkakan hadir dengan spesifikasi kamera yang luar biasa baik berdasarkan pada rekaan kamera belakangnya.



Lihat sajalah dua bulatan gergasi yang menempatkan komponen-komponen kamera. Ketebalan bonjolan kamera itu diperlukan untuk menempatkan lensa yang tebal manakala lensa yang tebal bermakna sensor yang besar. Berkemungkinan besar kita akan temui sensor 1” tersemat pada telefon ini dan ia bukanlah mustahil kerana di Jepun, telefon yang diperkasa sensor pengimejan 1” sudahpun ada.

Sharp Aquos R6 ada kamera belakang seperti sebuah kamera aksi ditampal padanya

Walau bagaimanapun, Huawei sendiri tidak mengetahui bilakah mereka akan melancarkan produk ini sebaliknya mereka katakan akan berusaha sebaik mungkin untuk membolehkan pengguna mendapatkan telefon ini.



https://www.youtube.com/watch?v=y2101ics8jc&ab_channel=HuaweiMobileHuaweiMobileVerified

Huawei mungkin merujuk kepada ketandusan SoC yang mampu mereka hasilkan disebabkan sekatan dagang yang dikenakan kerajaan A.S keatas mereka. Sejak sekian lama, mereka masih berada di Kirin 9000, yang mencadangkan ia adalah saki baki cip yang ada dalam stok.

Tags: HuaweiHuawei P50
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Huawei kongsi maklumat rasmi tentang siri P50, kecuali bila

Huawei kongsi maklumat rasmi tentang siri P50, kecuali bila

3 June 2021
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN