• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

WhatsApp mudahkan pengguna berurusan dengan peniaga menggunakan kotak menu

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:16 pm
  • 03/06/2021
  • Komen
WhatsApp sedang menyediakan sokongan panggilan audio dan video di komputer
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp merupakan antara platform yang digunakan individu untuk berurusan dengan mana-mana perniagaan secara dalam talian. Kini, WhatsApp mahu jadikan perkhidmatannya itu lebih cepat dan mudah untuk digunakan dengan kemaskininya di API WhatsApp Business. Ini merupakan salah satu ciri yang diumumkan olehnya dalam keynote Facebook F8 Refresh.

Dengannya nanti, anda tidak perlu taip apa yang anda mahukan, kerana akan ada kotak menu yang membolehkan anda pilih perkara yang anda ingin berurusan dengan syarikat itu. Kotak menu ini boleh memuatkan sehingga 10 pilihan.



Seperti gambar di bawah, pelanggan Telecom Wireless ini dilihat mahu membeli airtime melalui WhatsApp. Dia menulis ‘Hi‘ untuk memulakan urusan. Seterusnya ada satu kotak menu keluar dan di situ ada tertulis Main Menu. Dia dikehendaki untuk tekan pilihan itu bagi urusan lanjut.

Selepas itu, beberapa pilihan menu akan diberikan seperti, check balance (periksa baki), buy airtime (beli tempoh sah aktif), manage your account (uruskan akaun), FAQs dan get help with a problem (dapatkan bantuan dengan masalah).



Selepas pilih apa yang dimahukan, kotak pilihan lain pula akan keluar dan individu tersebut perlu membalasnya sehingga urusan selesai.

Ini merupakan satu pilihan yang cepat dibandingkan dengan panggilan telefon atau email. Perkara ini baru sahaja diumukan oleh WhatsApp, tetapi tidak diketahui lagi bagaimana caranya untuk pemilik WhatsApp Business mendapatkan ciri baru ini.

[Sumber: Engadget, WhatsApp]

Tags: whatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

WhatsApp sedang menyediakan sokongan panggilan audio dan video di komputer

WhatsApp mudahkan pengguna berurusan dengan peniaga menggunakan kotak menu

3 June 2021
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN