• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Tahukah anda, fon telinga terbaik Sony dibuat di Malaysia?

  • OLEH Najib
  • 2:18 pm
  • 14/06/2021
  • Komen
Tempahan awal Sony WF-1000XM4 dibuka dengan hadiah percuma bernilai RM399
Share on FacebookShare on Twitter

Sony baru sahaja melancarkan fon telinga WF-1000XM4, menggantikan model popular WF-1000XM3 yang digemari ramai sebagai fon telinga TWS dengan penyaring hingar aktif (ANC) antara terbaik pada masanya. Tetapi adakah anda tahu bahawa model baru ini dihasilkan di Malaysia?

Sumber: Aaron is Loud and Wireless

Jika belum tahu, Sony sebenarnya menghasilkan kebanyakan produk audio mereka di Malaysia, termasuk WF-1000XM3, WH-1000XM3 dan WH-1000XM4. Keliru? Model nama produk Sony memang selalunya sukar untuk diingati dan dibezakan sejak sekian lama.



Jadi produk audio yang baru ini, WF-1000XM4 tidak terkecuali daripada dihasilkan di Malaysia. Anda sebenarnya boleh melihat dengan jelas, di mana perkataan MALAYSIA dicetak di kedua belah bud telinga.

Malah, kilang Sony di Pulau Pinang telah sekian lama menjadi pengeluar utama fon kepala ANC untuk pasaran antarabangsa Sony. Pernah dilaporkan juga bahawa Sony juga ada pasukan R&D yang menguruskan model Sony MDR, termasuk perkakas utama untuk produk audio di sini.



Kilang Sony Electronics Malaysia di Prai telah beroperasi sejak tahun 1973 dan menghasilkan kira-kira 100 produk audio, termasuk fon kepala, pemain muzik digital, Walkman, soundbar dan sistem audio.

Apa yang baru di Sony WF-1000XM4?

Fon telinga Sony WF-1000XM4 akan mula dijual di Malaysia pada bulan Julai 2021, dengan harga RM1,099. Tempahan awal fon telinga ini telah dibuka sekarang di Stor Online Sony Malaysia, serta di Lazada dan Shopee. Sebagai promosi tempahan awal, pembeli akan menerima pad pengecas wayarles bernilai RM399, selagi stok masih ada.

WF-1000XM4 hadir dengan ANC lebih baik menggunakan cip V1 baharu, serta pemacu audio 6mm dikemaskini. Ia juga menyokong codec LDAC, DSEE Extreme dan Hi-Res Audio Wireless.

Hayat bateri dipertingkat dengan masa penggunaan sehingga 8 jam bersama ANC aktif, serta tambahan 16 jam lagi bersama bekas pengecas. Untuk panggilan, Sony menambah teknologi getaran tulang (bone induction) serta mikrofon “beamforming” bagi menangkap suara pengguna dengan lebih jelas.

Antara ciri baharu di WF-1000XM4 adalah sokongan pengecasan wayarles serta kalis air dan debu IPX4. Sony turut mengumumkan bahawa produk ini bebas daripada penggunaan plastik, sebagai usaha mereka untuk melestarikan alam sekitar.

Ketahui lebih lanjut mengenai fon telinga Sony WF-1000XM4 di dalam laporan kami di sini.

Sony WF-1000XM4, fon telinga ANC lebih kecil dengan hayat bateri lebih lama
Tags: SonySony WF-1000XM4
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Tempahan awal Sony WF-1000XM4 dibuka dengan hadiah percuma bernilai RM399

Tahukah anda, fon telinga terbaik Sony dibuat di Malaysia?

14 June 2021
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER