• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sokongan Windows 10 akan ditamatkan dalam masa 4 tahun lagi

  • OLEH Najib
  • 11:28 am
  • 15/06/2021
  • Komen
Sokongan Windows 10 akan ditamatkan dalam masa 4 tahun lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Sistem operasi Windows 10 yang digunakan oleh kebanyakan komputer masakini, akan ditamatkan sokongan oleh Microsoft pada 14 Oktober 2025. Kira-kira 4 tahun lebih dari sekarang.

Perkara ini bagaimanapun bukan diumumkan secara terbuka oleh Microsoft. Sebaliknya ia dilaporkan oleh Thurrot, yang menemuinya di dalam laman web sokongan kitaran Windows 10. Ini melengkapkan 10 tahun sokongan Windows 10 sejak dilancarkan, jangka waktu yang sama diberikan Microsoft untuk sokongan sistem operasi lain mereka sebelum ini.



Bagaimanapun ia bukanlah mengejutkan. Microsoft dikatakan telah meletakkan tarikh akhir sokongan Windows 10 sebagai petunjuk bahawa sistem operasi serba baru akan tiba tidak lama lagi. Buat masa ini, orang ramai menggelarnya sebagai Windows 11.

Microsoft telah mengumumkan satu acara pelancaran pada 24 Jun 2021 dengan tema “Next Generation of Windows”. Acara Microsoft ini akan bermula pukul 8 pagi waktu pasifik, bersamaan 11 malam waktu Malaysia.



https://twitter.com/panos_panay/status/1397326074955010056

Sudah banyak petunjuk diberikan Microsoft tentang apa yang akan tiba di sistem operasi akan datang mereka. Selain antaramuka serba baharu, Microsoft menyatakan bahawa ia akan mengubahsuai sepenuhnya Windows Store agar ia boleh menjana pendapatan buat pembangun perisian. Sama seperti Apple AppStore dan Google Playstore.

[Sumber: The Verge, Thurrot]

Tags: MicrosoftMicrosoft Windows 11
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Sokongan Windows 10 akan ditamatkan dalam masa 4 tahun lagi

Sokongan Windows 10 akan ditamatkan dalam masa 4 tahun lagi

15 June 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER