• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa YouTube padamkan saluran yang laporkan penindasan kaum Uyghur di China?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:32 pm
  • 28/06/2021
  • Komen
Kenapa YouTube padamkan saluran yang laporkan penindasan kaum Uyghur di China?
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube dilaporkan telah menurunkan beberapa video yang berkisarkan dokumentari pencabulan hak asasi manusia di wilayah Xinjiang, China. Pada 15 Jun 2021, akaun YouTube yang menggunakan nama Atajurt Kazakh Human Rights tidak dapat diakses langsung kenara menerima notis “telah melanggar garis panduan komuniti YouTube”.

We lost everything. The results of our nation's five years of hard work vanished overnight. The "Atajurt Kazakh Human Rights Serikzhan Bilash" youtube channel cannot be terminated! It is the hope of all the three million innocent people detained in Xinjiang concentration camps!

— Atajurt Kazakh human rights (@HumanKazakh) June 17, 2021

Saluran ini memuat naik pelbagai video yang mengandungi testimoni daripada orang yang ada ahli keluarganya ditahan oleh kerajaan China di kem pemusatan. Bagi memastikan tahap kredibiliti yang tinggi, pihak saluran memastikan terdapat bukti identity dalam setiap testimoti supaya tiada siapa boleh menuduh yang video itu adalah palsu.



Tuduhan ini biasanya dilontarkan oleh pihak Parti Komunis China (CCP) yang senantiasa mencari peluang untuk menutup bahan bukti dan menafikan dakwaan berlakunya pemerkosaan hak asasi oleh PBB di wilayah tersebut.

Namun di YouTube, mereka miliki polisi tidak memuat naik kandungan yang membolehkan penonton mengenal pasti identiti individu yang muncul di dalam video bagi mengelakkan gangguan. Maka sebab itulah saluran itu dinyakaktifkan sementara waktu sebelum diaktifkan semula pada 21 Jun 2021, dengan beberapa video yang melanggar polisi itu masih tidak boleh diakses pengguna luar.



Our support team has sent you an email to let you know that your channel has been reinstated. If you have any questions, feel free to respond directly to the email.

— TeamYouTube (@TeamYouTube) June 21, 2021

Pihak YouTube sedang bekerjasama rapat dengan pengendali saluran YouTube itu bagi menapis video-video yang mengandungi info sensitif sebelum mengangkat sekatan terhadap video-video itu.

Seperti biasa, YouTube sering beroperasi berasaskan aduan yang diterimanya. Pertahanan barisan hadapannya biasanya dikendalikan kecerdasan buatan sebelum diambilalih manusia untuk kes-kes yang spesifik.

Sungguhpun tiada bukti, namun hamburan-hamburan aduan ini berkemungkinan besar daripada sayap prokerajaan yang mahu menghapuskan bukti.

Ini bukanlah kali pertama Atajurt Kazakh Human Rights diserang. Pemilik saluran itu, Serikzhan Bilash terpaksa melarikan diri ke Texas dalam tahun 2020 untuk mengelakkan penindasan serta memastikan saluran YouTube-nya selamat.

Kemudian, dalam tahun 2019 usaha Bilash untuk mendaftarkan Atajurt sebagai NGO gagal apabila terdapat pihak prokerajaan yang mendaftarkan NGO menggunakan nama yang sama dan cuba untuk mengambil alih saluran YouTube Atajurt.

Sumber: MIT Technology Review, The Verge]

Tags: uyghurYouTube
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Kenapa YouTube padamkan saluran yang laporkan penindasan kaum Uyghur di China?

Kenapa YouTube padamkan saluran yang laporkan penindasan kaum Uyghur di China?

28 June 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER