• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PEMULIH: Bantuan tunai tambahan untuk golongan B40 dan M40, serta yang kehilangan kerja

  • OLEH Najib
  • 9:58 pm
  • 28/06/2021
  • Komen
PEMULIH: Bantuan tunai tambahan untuk golongan B40 dan M40, serta yang kehilangan kerja
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas hampir sebulan penutupan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Perdana Menteri hari ini mengumumkan bantuan yang lebih menyeluruh kepada rakyat Malaysia. Dipanggil sebagai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), ia dimulakan dengan pengumuman bantuan tunai langsung berjumlah RM10 bilion.

Bantuan tunai langsung ini meliputi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bernilai RM4.9 bilion, serta pemberian Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada golongan M40 dan B40 berjumlah RM4.6 bilion, dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 juta.



Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Bantuan ini terbahagi kepada tiga kategori dan dua jenis kelayakan, dengan pemberian sehingga RM1,300 untuk keluarga dan RM500 kepada bujang. Pemberian ini akan disalurkan secara berperingkat, pada bulan Ogos, November dan Dsiember, berbeza mengikut kategori:

KELUARGA



  • Miskin Tegar – RM1,300 (Ogos RM500, November RM500, Disember RM300)
  • B40 – RM800 (Ogos RM500, Disember RM300)
  • M40 – RM250 (Ogos RM250)

BUJANG

  • Miskin Tegar – RM500 (Ogos RM200, November RM300)
  • B40 – RM200 (Ogos RM200)
  • M40 – RM100 (Ogos RM100)

Tidak pula diterangkan apakah julat gaji untuk golongan B40 dan M40. Menurut laman web bpr.hasil.gov.my, bantuan ini diberikan kepada golongan berpendapatan RM2,500 ke bawah diyakini adalah B40.

Kemudian golongan berpendapatan RM2,501 ke RM4,000 serta RM4,001 ke RM5,000. Dijangka ini adalah julat untuk golongan M40, tetapi untuk BKC digabungkan kepada satu kategori.

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)

Untuk pekerja yang kehilangan pendapatan dalam tahun 2021, kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai sebanyak RM500 pada bulan Oktober nanti. Maklumat pekerja akan disemak menerusi data KWSP atau PERKESO.

Bantuan ini dijangka memanfaatkan sehingga 1 juta ahli, yang melibatkan belanja sebanyak RM500 juta.

Tags: pemulihpkp
Najib

Najib

POPULAR

PEMULIH: Bantuan tunai tambahan untuk golongan B40 dan M40, serta yang kehilangan kerja

PEMULIH: Bantuan tunai tambahan untuk golongan B40 dan M40, serta yang kehilangan kerja

28 June 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN