• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

WhatsApp uji mesej hilang selepas sekali buka, tak perlu lagi tunggu 7 hari

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:44 pm
  • 02/07/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, WhatsApp ada memperkenalkan ciri disappearing message (mesej hilang) yang membolehkan anda menghantar mesej, gambar dan media lain, lalu ia secara automatik akan dipadam setelah 7 hari.

Bagi anda yang merasakan tempoh 7 hari itu adalah terlalu lama, kini aplikasi tersebut sedang menguji ciri baru yang dikenali sebagai View Once.



Dengannya, penerima hanya dapat melihat foto atau video yang diberikan sekali sahaja dan akan hilang sebaik sahaja mereka menutupnya. Menariknya, mesej dengan ciri ini tidak akan dipaparkan (pop-up) pada skrin peranti anda. Maka, ianya sangat sesuai digunakan lebih-lebih lagi jika mesej itu mengandungi kandungan privasi.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu tekan pilihan bulat yang tertera nombor 1 pada kotak mesej. Seperti gambar yang dikongsikan di bawah, sebelum anda kongsikan gambar dengan ciri View Once, anda akan diberikan peringatan bahawa gambar tersebut akan hilang selepas anda menutup mesej itu.



Kini, pengguna WhatsApp Beta di Android versi 2.21.14.3 sudah boleh mencuba fungsi ini. Sekiranya individu yang menerima mesej anda masih belum mengemaskini aplikasi WhatsAppnya, ciri ini tetap boleh digunakan. Mesej yang anda hantar menggunakan ciri View Once tetap dapat dilihat sekali sahaja oleh penerima tersebut.

Tetapi, anda perlu tahu WhatsApp tidak melindungi mesej anda daripada ditangkap layar atau rakaman skrin meskipun anda menggunakan View Once. Maka, jika ia benar-benar mesej yang sulit, lebih baik anda tidak kongsikannya melalui mana-mana platform permesejan.

[Sumber: GSMArena]

Tags: whatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

WhatsApp uji mesej hilang selepas sekali buka, tak perlu lagi tunggu 7 hari

2 July 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN