• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Reviu Produk

Nak Beli Ke Tak Beli: Wiko Power U20, bateri tahan 5 hari

  • OLEH Najib
  • 9:00 am
  • 13/07/2021
  • Komen
Nak Beli Ke Tak Beli: Wiko Power U20, bateri tahan 5 hari
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar dengan bateri boleh tahan 4 hari? Bunyi macam mustahil tapi selepas saya cuba Wiko Power U20, rupanya ia tidaklah seperti yang diperkatakan. Sebab boleh tahan 5 hari.

Ini adalah peranti yang sangat saya cadangkan dibeli untuk digunakan sebagai peralatan PdPR. Menteri Besar Perak patut menggantikan telefon Yes dengan telefon Wiko ini. Lengkap semua perkakas, murah, bateri tahan lama dan tak sesuai main game.



Ini ulasan saya mengenai Wiko Power U20:

Sedikit fakta menarik pasal Wiko ni, ia adalah jenama ysng berasal dari Perancis. Selepas itu tentang jaminannya, ia beri penggantian 1-ke-1, kalau rosak bukan sebab pengguna jahanamkan.



Dari penggunaan biasa saya, bateri telefon ni boleh tahan selama 4 hari. Peratus bateri telefon ini jatuh ke 10% selepas 72 jam. Lebih tepat lagi, 3 hari 4 jam 12 minit dan saya dapat masa skrin hidup 9 jam 30 minit. Lebih menarik apabila saya cabut SIM dan bersambung ke WiFi sahaja, bateri cecah 10% selepas telefon hidup 4 hari 16 jam 40 minit.

Telefon ni secara ringkas, ada banyak sangat kekurangan. Storan kecil cuma 32gb, tiada pengimbas capjari, pengecas pun mikrousb dan berkuasa 10w sahaja. Skrin pula HD.

Tetapi ia ada hayat bateri yang sangat panjang dan perkakas asas mencukupi seperti casing, fon telinga, kabel USB, kepala pengecas dan pelindung skrin. Wiko pun ada jaminan 1-ke-1 dalam masa 120 hari. Senang tukar baru terus kalau ada rosak dalam masa 4 bulan. Sistem operasi pun terkini, Android 11.

Wiko Power U20 boleh dibeli di Lazada dan Shopee.

Tags: WikoWiko Power U20
Najib

Najib

POPULAR

Nak Beli Ke Tak Beli: Wiko Power U20, bateri tahan 5 hari

Nak Beli Ke Tak Beli: Wiko Power U20, bateri tahan 5 hari

13 July 2021
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN