Satu syarikat daripada Sweden telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan sebuah pesawat penumpang elektrik. Pesawat ES-19 ialah sebuah pesawat ringan yang ada 19 kerusi penumpang dan boleh terbang

Daripada pembentangan produk yang diadakan, mereka telah membangunkan enjin elektrik daripada bawah untuk gantikan enjin jet turboprop.
Menariknya adalah, sumber tenaga yang diguna pakai untuk membekalkan tenaga kepada enjin elektrik nampak seperti sel 18680 yang anda temui dalam banyak kelengkapan elektronik, contohnya vape anda.

Setiap enjin akan dilengkapi 504 unit bateri dan setiap pesawat akan ada 4 enjin. Ia diterjemah kepada 2016 unit bateri.


Syarikat penerbangan daripada A.S United Airlines dilaporkan telahpun menempah 100 unit kapal terbang pada nilaian yang tidak dikongsikan. Menurut mereka, kapal terbang elektrik sangat sesuai untuk servis jarak dekat kerana kos penerbangan per penumpang adalah lebih murah berbanding menggunakan kapal terbang konvesional.
Tambahan pula, kenderaan ini tidak melepaskan sebarang asap pencemaran sekali gus menyumbang kearah inisiatif pencemaran sifar yang sedang diusahakan syarikat itu. Mereka mensasarkan untuk menjadi 100% hijau sebelum tahun 2050.

Daripada sudut ekonomi, enjin elektrik lebih jimat kerana syarikat tidak perlu menyimpan stok bahan api dan tidak perlu lakukan pembelian secara hedging untuk kerosene yang digunakan dalam enjin biasa. Malahan, saya tak pelik akan ada penyelesaian solar untuk mengecas tenaga bateri sekaligus memotong terus kos bahan bakar daripada lejar syarikat.
Di Malaysia, kapal terbang ini tentu berguna untuk penerbangan domestik dalam negeri Sabah & Sarawak yang masih bergantung pada laluan udara untuk menyambungkan lokasi dengan lokasi. Barisan ATR MASwings dan DHC-6 mungkin perlukan ahli yang lebih baharu dan cekap kos.
ES-19 dijangka akan berada di langit dalam tahun 2026.
Sumber: Heart Aerospace