• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kit Salixium & Gmate diluluskan, orang ramai boleh buat ujian COVID-19 sendiri di rumah

  • OLEH Najib
  • 9:21 am
  • 20/07/2021
  • Komen
Kit Salixium & Gmate diluluskan, orang ramai boleh buat ujian COVID-19 sendiri di rumah
Share on FacebookShare on Twitter

Orang ramai kini boleh membuat ujian COVID-19 sendiri apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), mengeluarkan senarai dua kit ujian kendiri COVID-19 yang telah mendapat kelulusan bersyarat untuk diimport dan diedarkan dalam negara. Kit ujian ini boleh it dibeli di farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan berdekatan.

Dua kit berkenaan ialah:



  1. Salixium COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/Nasal Swab Samples) yang dibuat Reszon Diagnostic International Sdn Bhd Malaysia
  2. Gmate COVID-19 Ag Saliva For Home Use oleh Philosys Co Ltd, Korea
Sumber

Kit Salixium COVID-19 digunakan bagi tujuan sampel pengesanan RTK-antigen saliva dan nasal swab samples (sampel air liur dan dari hidung), manakala kit Gmate® COVID-19 bagi tujuan RTK-antigen (self test) saliva sample (sampel air liur).

Menurut KKM, senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan ia boleh juga disemak menerusi portal MDA.



Sumber

Pengurus Projek MeDKAD, Syahriah Razak berkata, kit Salixium dapat mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2 dalam air liur manusia dan persampelan melalui hidung. Kit ujian pantas ini mengambil masa antara 10 hingga 15 minit untuk dilakukan dan hasilnya dinilai oleh jalur yang dapat dilihat dengan jelas, ia akan mengesahkan kewujudan antigen. Sekiranya sampel berkenaan tidak mengandungi antigen SARS-CoV-2, tiada jalur warna akan muncul, menunjukkan hasil ujian adalah negatif.

[Sumber: Berita Harian]
[Gambar: DoctorOnCall]

Tags: COVID-19Kit Ujian Kendiri COVID-19
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Kit Salixium & Gmate diluluskan, orang ramai boleh buat ujian COVID-19 sendiri di rumah

Kit Salixium & Gmate diluluskan, orang ramai boleh buat ujian COVID-19 sendiri di rumah

20 July 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER