[Artikel ini dibawakan oleh Celcom]
Sejak pandemik bermula, ahli keluarga banyak melakukan aktiviti menggunakan Internet di rumah, dari dewasa hingga ke anak-anak. Individu dewasa memerlukan Internet untuk bekerja, anak-anak pula perlukannya untuk mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Bahkan, adakalanya mereka juga memerlukan Internet untuk tujuan hiburan.
Oleh kerana semua individu perlukan Internet dengan keperluan yang berbeza, Celcom Home Wireless adalah pilihan yang tepat.
Modem Internet dengan sokongan LTE CAT 11
Sebahagian telco masih memberikan modem biasa dengan sokongan LTE CAT 4. Tetapi Celcom Home Wireless akan memberikan anda modem jenis premium dari model Huawei B618, LTE CAT 11. Anda pasti akan memiliki pengalaman melayari Internet yang menakjubkan dengannya.
Ia mampu meningkatkan kapasiti rangkaian mudah alih, mengurangkan latency yang bermaksud pengguna akan mendapat rangkaian Internet yang lancar, sekaligus memastikan penerimaan dan sambungan Internet yang lebih baik.
Jaringan Internet lancar walaupun digunakan oleh banyak peranti
Meskipun banyak telco yang menyediakan pakej Internet broadband dengan harga yang rendah, tetapi menjadi masalah juga untuk mencari broadband yang boleh digunakan oleh banyak peranti secara serentak dan mampu memberikan jaringan yang kuat. Lebih-lebih lagi jika kawasan kediaman pengguna terletak di lokasi lemah Internet dan tidak ada akses untuk memasang jalur lebar fiber optik.
Sebagai satu langkah penjimatan, sudah tentu anda inginkan Internet dengan bayaran rendah dan berpatutan, tetapi boleh digunakan oleh banyak peranti dalam satu masa.
Sebenarnya, anda boleh nikmati pengalaman Internet yang lebih baik dengan modem premium, serta sambungan rangkaian 4G pada harga serendah RM100 sebulan. Yang penting, anda juga dapat menikmati percubaan 7 hari tanpa komitmen, bermula dari hari pertama pendaftaran. Seterusnya anda juga boleh menggunakan modem premium itu bersama-sama keluarga sehingga 64 peranti serentak.
Internet rumah, Pasang & Guna
Oleh kerana Malaysia sekarang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini merupakan satu masalah untuk individu yang mahu memasang jalur lebar tetap di rumah. Ia seterusnya menjadi satu kekangan untuk anda dan ahli keluarga mendapatkan internet broadband di rumah.
Justeru, dengan produk ini, pemasangan broadband di kediaman anda akan menjadi sangat mudah. Maksudnya, individu lain tidak perlu datang ke rumah anda untuk tebuk dinding dan tidak ada wayar kabel yang berselirat di tepi dinding rumah.
Malah, apabila modem itu sampai sahaja di rumah anda, anda hanya perlu buka kotak, masukkan kad sim pada modem, pasangkan wayar pada modem dan sambungkannya pada soket di dinding rumah anda.
Seterusnya, anda hanya perlu periksa rangkaian Internet dan boleh terus guna. Anda juga boleh bawa modem ini kemana-mana yang anda mahukan. Paling penting, pembelian boleh dilakukan secara dalam talian sahaja, kemudian modem premium itu akan dihantarkan ke rumah anda.
Semua tawaran ini boleh dinikmati dengan melanggan Celcom Home Wireless 4G. Dengannya, Celcom menawarkan pelan serendah RM100 untuk sebulan dengan kontrak 12 bulan. Anda bakal mendapat 100GB kuota Internet dan boleh menambah kuota serendah RM10 sehari.
Jika anda berminat, anda boleh cubanya dahulu. Sekiranya anda kurang berpuas hati atau rangkaian Internet di kawasan anda lemah, anda boleh pulangkannya semula tanpa sebarang penalti.
Kunjungi laman web rasmi Celcom di sini untuk melanggan. Anda juga boleh periksa liputan Internet kawasan anda melalui pautan ini. Lawati juga media sosial rasmi Celcom di Facebook dan Twitter untuk mengetahui pelbagai pakej lain yang disediakan.