• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Cara tempah janji temu perbaharui lesen ataupun cukai jalan JPJ di Pos Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:44 am
  • 12/08/2021
  • Komen
Cara tempah janji temu perbaharui lesen ataupun cukai jalan JPJ di Pos Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

JPJ mengumumkan tidak akan melanjutkan moratorium cukai jalan dan lesen memandu yang akan tamat pada 31 Ogos 2021. Ia menyebabkan berduyun-duyun rakyat akan menyerbu kaunter JPJ.

Kaunter JPJ paling hampir dengan saya adalah UTC PUDU. Slot janji temu untuk urusan kaunter sudahpun penuh sehingga 18 Ogos 2021. Tidaklah diketahui berapa ramai slot ditawarkan dalam masa sehari.



Walaupun Pos Malaysia turut menawarkan janji temu untuk urusan kaunter JPJ, implementasi Pos Malaysia lebih kemas berbanding menggunakan Google Forms.

Anda boleh lakukannya sama ada melalui laman web ataupun aplikasi mudah alih Pos Malaysia (Android, iOS). Tapi saya katakan yang pengalamannya sama saja kerana di aplikasi mudah alih, mereka cuma letakkan iFrame saja dan yang terpapar tetap versi laman web.



Cara tempah janji temu di Pos Malaysia

Di laman Pos Laju, cari butang Outlet Finder.

Selepas dibawa ke halaman seterusnya, lakukan carian lokasi tempat anda ingin perbaharukan cukai jalan ataupun lesen memandu.

Cawangan pejabat pos berkenaan akan keluar dan cari pilihan “Book service appointment”.

Di halaman seterusnya, anda boleh pilih jenis transaksi yang ingin dijalankan, hari, dan masa.

Bila anda scroll ke bawah, anda diminta untuk masukkan maklumat nama, alamat e-mel dan nombor telefon. Alamat e-mel adalah penting kerana kod pengesahan akan dihantar kepada alamat tersebut.

Selepas tekan Book, anda diminta periksa inbox e-mel untuk kod pengesahan.

Tidak lama selepas itu, anda akan dibawa ke halaman pengesahan dan anda turut akan menerima sesalinan pengesahan janji temu di alamat e-mel anda. E-mel pengesahan adalah penting kerana dalamnya ada pautan untuk anda tetapkan semula janji temu ke hari ataupun masa yang lain.

Tags: cukai jalanJPJlesen memandupos malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Cara tempah janji temu perbaharui lesen ataupun cukai jalan JPJ di Pos Malaysia

Cara tempah janji temu perbaharui lesen ataupun cukai jalan JPJ di Pos Malaysia

12 August 2021
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN