• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pindah data WhatsApp Android dan iOS kini dibenarkan, bermula di peranti Samsung

  • OLEH Najib
  • 12:30 pm
  • 12/08/2021
  • Komen
Pindah data WhatsApp Android dan iOS kini dibenarkan, bermula di peranti Samsung
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp akhirnya mengeluarkan kemaskini silang platform, yang membolehkan pengguna bertukar peranti antara iOS dan Android dengan mudah. Ini adalah satu fungsi yang dinanti ramai dan ia diperlihat buat pertama kalinya di majlis pelancaran Galaxy Unpacked.

Dengan fungsi ini, pengguna boleh memindahkan sejarah sembang termasuk nota suara, gambar, serta perbualan dengan mudah dan selamat. Ia akan boleh digunakan dahulu oleh pengguna Android bermula dengan peranti baru Samsung iaitu Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3. Bermakna, untuk awal ini pengguna boleh memindahkan data iOS kepada Android, dan kemudian baru boleh memindah data Android ke iOS.



Seterusnya dalam beberapa minggu akan datang, peranti Samsung yang menjalankan sistem operasi Android 10 dan ke atas akan menerima fungsi pemindahan data silang platform ini. Jika anda mahu bertukar ke telefon baru Samsung sekarang, anda dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi Samsung Smart Switch untuk pemindahan data daripada telefon lama termasuk WhatsApp, dengan lancar.

Menurut WhatsApp, mereka menyediakan penyulitan hujung-ke-hujung secara lalai dan semua mesej disimpan di peranti pengguna, tidak seperti aplikasi permesejan lain yang menyimpannya di storan awan.



Pengurus Produk WhatsApp, Sandeep Paruchuri berkata, “Mesej WhatsApp anda adalah milik anda. Kerana itu ia disimpan di dalam telefon anda secara lalai dan tidak boleh diakses di awan seperti perkhidmatan permesejan lain. Kami sangat teruja buat pertama kalinya memberi kemudahan kepada pengguna untuk memindahkan data Whatsapp pengguna dengan selamat, dari satu sistem operasi kepada yang lain. Ini telah menjadi satu fungsi yang diminta ramai sejak bertahun-tahun dan kami telah bekerjasama dengan pembangun sistem operasi dan pengeluar peranti untuk menyelesaikannya.”

WhatsApp memiliki perancangan besar untuk mempromosi penggunaan silang-platform tahun ini. Selain pemindahan data mudah antara pelbagai sistem operasi, WhatsApp turut merancang untuk menyediakan sokongan berbilang peranti yang boleh berjalan secara bebas tanpa memerlukan telefon dihidupkan. Minggu lepas, WhatsApp telah melancarkan fungsi “View Once” di mana gambar dan video yang dihantar boleh terpadam sendiri selepas dilihat oleh penerima.

Tags: whatsapp
Najib

Najib

POPULAR

Pindah data WhatsApp Android dan iOS kini dibenarkan, bermula di peranti Samsung

Pindah data WhatsApp Android dan iOS kini dibenarkan, bermula di peranti Samsung

12 August 2021
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER