• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Zoom sediakan mod fokus, elak pelajar terganggu ketika kelas dalam talian

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:05 pm
  • 13/08/2021
  • Komen
Zoom sediakan mod fokus, elak pelajar terganggu ketika kelas dalam talian
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila anda sertai video panggilan beramai-ramai, pernah tak anda rasa tidak boleh tumpukan perhatian kepada individu yang sedang bercakap? Antara puncanya ialah, terganggu dengan paparan peserta lain dalam aplikasi itu.

Bagi mengelakkan masalah itu dari terus mengganggu, Zoom umumkan kemaskini baru iaitu penambahan mod ‘Focus‘ (fokus). Setelah hos mengaktifkan mod ini, peserta lain tidak lagi dapat melihat satu sama lain semasa panggilan berlangsung. Tetapi hos masih mempunyai akses ke kamera web semua peserta.



Perkara yang peserta lain boleh lihat ialah video sendiri, video hos, nama peserta lain, maklum balas atau reaksi bukan percakapan peserta lain serta audio mereka apabila tidak dibisukan.

Ciri ini sesuai digunakan oleh guru untuk mengelakkan pelajar daripada terganggu semasa kelas dalam talian dan supaya mereka beri tumpuan kepada pembelajaran. Di bawah ini adalah contoh paparan yang guru akan lihat apabila aktifkan mod ini.



Manakala di bawah ini pula adalah apa yang pelajar akan lihat apabila guru gunakan mod tersebut.

Untuk aktifkan mod focus, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Mulakan kumpulan Zoom sebagai hos
  2. Tekan more pada bar di bahagian bawah
  3. Klik Start Focus Mode.
  4. Klik Start untuk sahkannnya

Ciri ini juga boleh bantu pengguna dewasa fokus apabila sertai mesyuarat kerja.

[Sumber: 9TO5Mac, Zoom]

Tags: zoom
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Zoom sediakan mod fokus, elak pelajar terganggu ketika kelas dalam talian

Zoom sediakan mod fokus, elak pelajar terganggu ketika kelas dalam talian

13 August 2021
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER