Sejak bulan Mei lepas, Samsung telah memberi diskaun sebanyak RM1,100 untuk telefon pintar Galaxy Note 20 5G dan Galaxy Note 20 Ultra 5G, serta diskaun RM100 bagi Galaxy A32. Untuk Siri Galaxy S20 FE pula, diturunkan harga kepada RM2,499 untuk versi 5G dan RM1,999 bagi versi LTE dari bulan Jun. Menurut Samsung, semua diskaun ini diberikan untuk masa terhad.
Kini, Samsung Malaysia mengumumkan bahawa diskaun bagi siri Galaxy Note 20 5G, Galaxy A32 dan Galaxy S20 FE akan dikekalkan seperti harga diskaun sebelum ini. Ia menjadikan harga rasmi peranti ini lebih rendah iaitu:
- Galaxy Note 20 Ultra 5G (RAM 12GB + Storan 256GB) –
RM5,199RM4,099 - Galaxy Note 20 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) –
RM3,899RM3,199 - Galaxy S20 FE 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) –
RM2,999RM2,499 - Galaxy S20 FE LTE (RAM 8GB + Storan 28GB) –
RM2,299RM1,999 - Galaxy A32 LTE (RAM 8GB + Storan 28GB) –
RM1,099RM999
Jika membeli di Stor Online Rasmi Samsung Malaysia, pembeli boleh berjimat dengan menukar telefon lama kepada rebat membeli telefon pintar Galaxy baru. Samsung juga menyediakan bayaran ansuran tanpa faedah sehingga 12 bulan, menerusi kad kredit bank terpilih.
Spesifikasi
Galaxy Note 20 dan Note 20 Ultra 5G dikuasakan oleh cip Exynos 990. Bagi Galaxy Note 20 5G, ia memiliki skrin Super AMOLED Plus 6.7-inci HD Penuh 60hz, bateri 4,300mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W. Terdapat tiga kamera di belakang Galaxy Note 20 5G iaitu kamera utama 12MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera 64MP untuk telefoto. Kamera hadapan pula 10MP, di dalam lubang di dahi skrin.
Bagi Galaxy Note 20 Ultra 5G, skrinnya lebih besar iaitu 6.9-inci Quad HD, dengan paparan Dynamic AMOLED 2X 120hz. Bateri juga lebih besar, 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W. Kamera belakang pula gabungan kamera utama 108MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 12MP. Kamera hadapan sama, 10MP di dalam lubang di dahi skrin.
Galaxy S20 FE pula, kedua-dua versi 5G dan LTE kini dikhabarkan menggunakan cip Snapdragon 865. Skrinnya dari jenis Super AMOLED Infinity-O 6.5-inci 120Hz. Baterinya berkapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W melalui USB-C, serta pengecasan wayarles. Kamera belakangnya gabungan kamera utama 12MP F1.8, kamera ultra lebar 12MP F2.2 dan kamera telefoto 8MP F2.4. Bagi kamera hadapan, ia menggunakan sensor 32MP F2.0.
Galaxy A32 adalah peranti kelas pertengan yang menggunakan cip Mediatek Helio G80. Ia memiliki skrin Super AMOLED 6.4-inci HD Penuh dengan bateri 5,000mAh. Ia ada empat kamera belakang iaitu amera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera potret 5MP dan kamera makro 5MP. Di hadapan, ia memiliki kamera 20MP.
Untuk mengenalinya dengan lebih lanjut, layari laman produk Galaxy A32, Galaxy S20 FE dan Galaxy Note 20.