• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

7 hari tak cukup lama? WhatsApp sedang uji mesej hilang selepas 90 hari

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:54 pm
  • 19/08/2021
  • Komen
7 hari tak cukup lama? WhatsApp sedang uji mesej hilang selepas 90 hari
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp kini sedang dalam proses menghasilkan ciri mesej hilang (disappearing messages) dalam tempoh lebih lama iaitu selepas 90 hari dihantar kepada penerima. Buat masa sekarang, jika diaktifkan ciri ini, anda hanya ada satu pilihan sahaja iaitu mesej hilang selepas 7 hari.

Selain itu, dikhabarkan juga, WhatsApp akan menyediakan pilihan mesej hilang selepas 24 jam ia dihantar.



Apabila kemaskini ini ada nanti, pengguna mempunyai 3 tempoh masa yang boleh dipilih untuk mesej dipadam secara automatik, iaitu 24 jam, 7 hari dan 90 hari. Tetapi anda perlu tahu, walaupun anda aktifkan ciri ini, penerima masih boleh menyimpan kandungan mesej tersebut seperti gambar, audio atau dokumen di telefonnya.

Sumber

Ciri ini dilihat dapat membantu pengguna memadam mesej yang tidak penting secara automatik. Ia juga berfungsi untuk mesej kumpulan, jadi bagi mengelakkan anda terbeban dengan perbulan lama dikumpulan WhatsApp, maka lebih baik anda gunakan ciri ini.



Namun, jika pesanan anda itu ada unsur privasi, anda boleh gunakan pilihan view once. Ia akan dipadam automatik setelah penerima melihatnya sekali sahaja. Tetapi ia hanya untuk gambar dan video bukan untuk mesej sembang.

Untuk gunakannya, anda boleh pilih gambar atau video yang ingin dihantar. Kemudian tekan logo nombor 1 pada bahagian caption.

Ciri mesej hilang dan view once ini, tidak menjamin mesej anda akan kekal privasi. Kerana penerima masih boleh lakukan tangkap layar. Oleh itu, pastikan anda tidak berkongsi perkara yang sulit di platform permesejan kerana ianya tidak selamat. Pendapat anda, bilakah waktu yang sesuai untuk aktifkan ciri mesej hilang selepas 90 hari?

[Sumber: Android Police]

Tags: whatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
7 hari tak cukup lama? WhatsApp sedang uji mesej hilang selepas 90 hari

7 hari tak cukup lama? WhatsApp sedang uji mesej hilang selepas 90 hari

19 August 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN