• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp untuk iPad sedang diuji untuk sokongan berbilang platform

  • OLEH Najib
  • 5:12 pm
  • 23/08/2021
  • Komen
WhatsApp untuk iPad sedang diuji untuk sokongan berbilang platform
Share on FacebookShare on Twitter

Buat masa ini, aplikasi khusus WhatsApp untuk iPad masih belum ada. Pengguna iPad masih boleh menggunakan WhatsApp, tetapi melalui WhatsApp Web di pelayar. Bagaimanapun, kedatangan aplikasi WhatsApp untuk iPad dilihat semakin hampir.

Menurut WABetaInfo yang sering melaporkan berita tepat tentang fungsi WhatsApp yang akan datang, WhatsApp kini sedang membangunkan versi kedua perisian mereka untuk berbilang peranti. Dengan cara ini, pengguna boleh menghubungkan iPad sebagai salah satu peranti.



NEWS: WhatsApp is finally working on multi-device 2.0, and you can use iPad as new linked device ☄️
Android tablets are also planned to support multi-device on WhatsApp for Android!

It's under development and it will be released in a future update. Follow me to discover more 💚 pic.twitter.com/rND4xQfBDj

— WABetaInfo (@WABetaInfo) August 20, 2021

Malah, kemaskini ini akan turut menyokong tablet Android bagi WhatsApp for Android. Buat permulaan, WhatsApp kini sedang bersedia untuk melancarkan sokongan berbilang platform untuk sehingga empat peranti dan satu telefon pintar.

Dengan sokongan berbilang platform, pengguna tidak perlu lagi memastikan telefon pintar mereka berhubung ke internet. WhatsApp boleh digunakan di komputer dan peranti lain secara bebas dan sendiri.



WhatsApp baru-baru ini telah mengumumkan fungsi baru yang membenarkan pemindahan salinan data antara Android dan iOS, bermula dengan peranti terbaru Samsung Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3. Ini adalah satu perkara baru kerana sebelum ini salinan data tidak boleh dilakukan dengan sistem operasi berbeza.

[Sumber: 9to5mac]

Tags: appleipadwhatsapp
Najib

Najib

POPULAR

WhatsApp untuk iPad sedang diuji untuk sokongan berbilang platform

WhatsApp untuk iPad sedang diuji untuk sokongan berbilang platform

23 August 2021
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN