Penawaran produk audio Redmi diperkaya dengan pengenalan Redmi Earbuds 3 Pro bersama-sama Redmi 10 Prime. Di India, TWS ini dijual pada harga IND2,999 (~RM170.14). Pada harga sebegitu dan dibandingkan pula dengan spesifikasi yang ditawarkan, saya rasakan ia sesuatu yang menarik.
Paling penting adalah sokongan aptX Adaptive, algoritma pemampat data audio proprietary Qualcomm. Kehadiran sokongan aptX pada TWS adalah penting bagi memastikan latensi antara sumber audio dengan earfon pada kadar minimum. Pada TWS ini, ia menyokong aptX Adaptive yang dilapor memberi prestasi latensi sekitar 80ms.
Semua ini dimungkinakan dengan penggunaan cipset QCC3040 keluaran Qualcomm. Selain sokongan aptX Adaptive yang terbaru, TWS ini turut menyokong Bluetooth 5.2 yang pastinya cekap tenaga. Bercerita tentang cekap tenaga, waktu perkhidmatannya dengan 1 bateri penuh ialah 30 jam, jika diambil kira beteri yang turut terkandung dalam bekas penyimpanannya.
Satu isian penuh bateri 600mAh terkandung padanya berikan waktu guna sehingga 7 jam lamanya. Pada sudut perkakasan, Xiaomi memaparkan yang unit ini menggunakan penjana bunyi daripada jenis 2 pemacu, satu jenis dinamik dan satu lagi jenis seimbang. Katanya boleh menghasilkan frekuensi audio dalam julat yang luas.
Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
Sumber: XDADevelopers