• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Xiaomi 11T dengan HyperCharge 120W akan dilancar pada 15 September

  • OLEH Najib
  • 10:41 am
  • 10/09/2021
  • Komen
Siri Xiaomi 11T dengan HyperCharge 120W akan dilancar pada 15 September
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi kini mengesahkan bahawa mereka akan mengadakan satu majlis pelancaran pada 15 September 2021, pukul 8 malam. Pada acara ini, mereka akan memperkenalkan beberapa perkara dan salah satu daripadanya adalah, telefon pintar Xiaomi 11T.

Jika anda perasan, Xiaomi tidak lagi menggunakan nama Mi sebagai model telefon pintar mereka. Perkara ini telah dimulakan sejak Xiaomi Mix 4 dilancarkan pada Ogos lepas. Ia untuk menyelaraskan dan memudahkan model Xiaomi disebut, berbanding cara lama seperti Xiaomi Mi 10T.



Xiaomi juga telah mengesahkan bahawa akan ada dua model Xiaomi 11T diperkenal kali ini, iaitu Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro. Beberapa perkara berkaitan telefon pintar ini telah dikongsikan sedikit demi sedikit oleh Xiaomi di media sosial.

Antaranya adalah pengecas Xiaomi HyperCharge dengan kuasa 120W. Ia akan datang bersama Xiaomi 11T Pro, berkemungkinan besar tiada di Xiaomi 11T.



120 Watt? Yes! #XiaomiHyperCharge is coming your way! Catch the global debut of #Xiaomi11TPro on September 15 at 8PM GMT+8. #XiaomiProductLaunch https://t.co/zPnttgUN8W

— Xiaomi (@Xiaomi) September 6, 2021

Di samping itu, Xiaomi telah menggerakkan kempen #Cinemagic. Masih tidak jelas apa yang cuba dikaitkan, tetapi antara yang dikongsi Xiaomi adalah skrin, bunyi dan makro. Konsep #Cinemagic ini mungkin menggabungkan kebolehan kamera yang lebih canggih dan hasilnya dapat dilihat pada skrin dan bunyi.

In this upcoming launch, we are going to realize #Cinemagic.

2021.9.15|20:00 GMT+8#XiaomiProductLaunch #Xiaomi11TPro pic.twitter.com/pN9wbkmBiw

— Xiaomi (@Xiaomi) September 9, 2021

In this upcoming launch, we are going to listen to the sound of #Cinemagic.

2021.9.15|20:00 GMT+8#XiaomiProductLaunch #Xiaomi11TPro pic.twitter.com/g2ZM332t76

— Xiaomi (@Xiaomi) September 8, 2021

In this upcoming launch, we are going to discover #Cinemagic through magnified details.

2021.9.15|20:00 GMT+8#XiaomiProductLaunch #Xiaomi11TPro pic.twitter.com/6Y0NXadpPo

— Xiaomi (@Xiaomi) September 7, 2021

Tahun lepas, Xiaomi melancarkan siri Mi 10T dan ia menjadi kegemaran ramai terutama kaki game kerana menyediakan kuasa Snapdragon 865 pada harga di bawah RM2,000. Sudah pasti, peminat menantikan ketibaan Xiaomi 11T dengan harapan yang sama, kuasa tertinggi Snapdragon 888 pada harga sangat mampu milik.

Adakah Xiaomi 11T akan menjadi peranti terbaik di bawah RM2,000? Kita tunggu ia dilancarkan pada 15 September nanti.

Tags: xiaomiXiaomi 11TXiaomi 11T Pro
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Siri Xiaomi 11T dengan HyperCharge 120W akan dilancar pada 15 September

Siri Xiaomi 11T dengan HyperCharge 120W akan dilancar pada 15 September

10 September 2021
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN