Dengan ketibaan siri iPhone 13, maka beberapa model lama iPhone dihentikan pengeluarannya. Sekaligus ia tidak lagi akan dijual secara rasmi oleh Apple sendiri. Model tersebut adalah iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max dan iPhone XR.
Sudah menjadi kebiasaan, Apple akan berhenti menjual model paling berkuasa sebelumnya kerana sudah ada model lebih baik diperkenal. Bagi model paling murah, iPhone XR digantikan dengan iPhone 11 pada harga permulaan yang sama.
Tetapi hairannya, Apple juga mengekalkan iPhone SE gen-2 bagi pilihan termurah. Mungkin kerana ia dikuasakan cip A13 Bionic yang sama dengan iPhone 11, tetapi dengan skrin kecil dan pengimbas capjari Touch ID.
Perlu juga diketahui bahawa semua iPhone sekarang, dijual tanpa kepala pengecas dan fon telinga diberikan di dalam kotak.
Dari harga baru ini, dapat dilihat bahawa iPhone 13 mini mahal RM300 sahaja berbanding iPhone 12 mini. Sama juga untuk iPhone 13 dan iPhone 12. Menariknya, harga iPhone 13 mini lebih murah daripada iPhone 12. Jadi ia pilihan lebih baik jika saiz skrin bukan masalah untuk anda.
Harga rasmi untuk barisan iPhone yang disenaraikan di laman web rasmi Apple Malaysia adalah seperti berikut:
iPhone SE
64GB – RM1,999
128GB – RM2,199iPhone 11
64GB – RM2,399
128GB – RM2,599iPhone 12 Mini
64GB – RM2,899
128GB – RM3,099
256GB – RM3,599iPhone 12
64GB – RM3,399
128GB – RM3,599
256GB – RM4,099iPhone 13 Mini
128GB – RM3,399
256GB – RM3,899
512GB – RM4,799iPhone 13
128GB – RM3,899
256GB – RM4,399
512GB – RM5,299iPhone 13 Pro
128GB – RM4,899
256GB – RM5,399
512GB – RM6,299
1TB – RM7,199iPhone 13 Pro Max
128GB – RM5,299
256GB – RM5,799
512GB – RM6,699
1TB – RM7,599